Kakitangan Prasarana Malaysia Berhad mengorak langkah sertai kelas bahasa isyarat dikendalikan MFD

Date:

Kakitangan Prasarana Malaysia Berhad bergambar kenangan selepas menamatkan kelas bahasa isyarat di LRT Putra Heights dekat Subang, Selangor, semalam

SUBANG – Sebanyak 24 kakitangan Prasarana Malaysia Berhad menyertai kelas bahasa isyarat dikendalikan oleh Persekutuan Orang Pekak Malaysia (MFD) di stesen LRT Putra Heights dekat sini.

Kelas bahasa isyarat selama dua hari itu melibatkan petugas RapidRail dan RapidBas yang terdiri daripada anggota polis bantuan dan beberapa kakitangan dari bahagian lain.

Langkah Prasarana Malaysia Berhad itu dilihat sebagai memberi kemahiran tambahan kepada kakitangan barisan hadapan.

Kakitangan Prasarana Malaysia Berhad ketika menjawab soalan kuiz pada kelas bahasa isyarat di LRT Putra Heights dekat Subang, Selangor.

Ia juga sebagai persediaan untuk kakitangan Prasarana Malaysia Berhad memberikan  perkhidmatan terbaik kepada pelanggan termasuk komuniti pekak.

Kelas bahasa isyarat itu dikendalikan oleh guru bahasa isyarat, Nur Saadah Zulkefli dan Muhammad Fakhrulrazzi Mat Sedik.

Pihak Prasarana Malaysia Berhad juga bercadang memperluaskan lagi kelas bahasa isyarat tersebut kepada kakitangannya yang lain terutama petugas barisan hadapan.

Share post:

Subscribe

spot_imgspot_img

Popular

Artikel Berkaitan
Related

Kakitangan MFD tetamu undangan khas jamuan raya Rienz Travels & Tours

MERIAH...Pelbagai kaum terus bersama-sama meraikan sambutan Syawal dan yang...

Lebih 300 orang hadir sambutan Aidilfitri MFD

PUCHONG – Lebih 300 orang termasuk kalangan keluarga orang...