MERIAH…Pelbagai kaum terus bersama-sama meraikan sambutan Syawal dan yang terbaharu apabila beberapa orang kakitangan Persekutuan Orang Pekak Malaysia (MFD) menjadi tetamu undangan khas pada jamuan raya di Bandar Puteri, Puchong, Selangor.
Jamuan raya anjuran Rienz Travels & Tours itu diadakan A&Z Bistro Nasi Kandar dengan juadah utama nasi kandar selain biskut raya.
Pada jamuan raya itu, penduduk setempat berpeluang mengenali MFD dengan lebih dekat apabila berkesempatan berinteraksi dengan kakitangan berkenaan.




