Kakitangan MFD jadi tetamu khas, melawat kilang Ajinomoto (M) Berhad di Bandar Baru Enstek

Date:

SEREMBAN – Beberapa kakitangan Persekutuan Orang Pekak Malaysia (MFD) termasuk jurubahasa isyarat dan tenaga pengajar menjadi tetamu khas, melawat kilang Ajinomoto (Malaysia) Berhad di Bandar Baru Enstek dékat sini.

Lawatan lebih tiga jam itu turut melibatkan kariah penduduk setempat dan beberapa pertubuhan bukan kerajaan (NGO).

Timbalan Pengurus Besar Kanan (Perkhidmatan Makanan & Pemasaran) Ajinomoto (M) Berhad, Lee Soon Howe (dua dari kanan) menyampaikan surat sumbangan kepada wakil MFD di Bandar Baru Enstek, Negeri Sembilan.

Para tetamu terlebih dahulu diberi penerangan mengenai sejarah, konsep dan produk-produk  keluaran Ajinomoto termasuk pengiktirafan yang diterima terutama dari segi kesihatan.

Penjelasan  juga diberi mengenai kandungan yang terdapat dalam setiap produk Ajinomoto serta dijamin selamat untuk pengguna.

Selain itu, pada majlis sumbangan produk dan lawatan kilang tersebut, tetamu diperlihatkan mengenai tahap kebersihan yang diamalkan oleh Ajinomoto dalam menjaga kualiti produk.

Cef dari Ajinomoto (M) Berhad memberi tunjuk ajar kepada dua tetamu khas termasuk kakitangan MFD (kanan) pada majlis sumbangan produk dan lawatan kilang Ajinomoto (M) Berhad di Bandar Baru Enstek, Negeri Sembilan.

Pihak Ajinomoto juga menjemput para tetamu yang hadir menikmati produk keluaran terbaharu syarikat tersebut di samping memberi tunjuk ajar mengenai cara-cara menyediakan minum sihat hasil keluaran Ajinomoto.

Share post:

Subscribe

spot_imgspot_img

Popular

Artikel Berkaitan
Related

Kakitangan MFD tetamu undangan khas jamuan raya Rienz Travels & Tours

MERIAH...Pelbagai kaum terus bersama-sama meraikan sambutan Syawal dan yang...

Lebih 300 orang hadir sambutan Aidilfitri MFD

PUCHONG – Lebih 300 orang termasuk kalangan keluarga orang...