we2025: ‘Booth’ Persekutuan Orang Pekak Malaysia (MFD) menyerlah di MITEC

Date:

KUALA LUMPUR – Setiap kali kehadiran ‘booth’ Persekutuan Orang Pekak Malaysia (MFD) di mana-mana sahaja, pasti ada pengunjung yang ingin mengetahuinya dengan lebih lanjut.

Ini kerana terdapat kelainan pada kehadiran MFD, selain pengunjung dapat berinteraksi dengan para petugas MFD yang menjaga ‘booth’ berkenaan, mereka juga mahu mengetahui mengenai Bahasa Isyarat Malaysia (BIM).

Di ‘booth’ MFD itulah pengunjung dan orang memperolehi maklumat  lanjut mengenai komuniti pekak selain mahu  memiliki buku poket bahasa isyarat dan juga barangan yang dihasilkan seperti baju T dan sebagainya.

Pengunjung berkesempatan mencuba dan belajar bahasa isyarat di MITEC, Kuala Lumpur.

Selama tiga hari berturut-turut bermula 25 November, MFD membuka ‘boot’ pada we Future In Motion 2025 – Women In Trade, Investment, Leadership di Pusat Pameran dan Dagangan Antarabangsa Malaysia (MITEC) di sini.

Di samping itu, di MITEC, pengunjung termasuk pempamer juga berpeluang mencuba dan diperkenalkan dengan bahasa isyarat secara asas sepanjang program berkenaan.

Ini secara tidak langsung merapatkan lagi jurang perbezaan antara masyarakat umum dan orang pekak.

Share post:

Subscribe

spot_imgspot_img

Popular

Artikel Berkaitan
Related

Kakitangan MFD tetamu undangan khas jamuan raya Rienz Travels & Tours

MERIAH...Pelbagai kaum terus bersama-sama meraikan sambutan Syawal dan yang...

Lebih 300 orang hadir sambutan Aidilfitri MFD

PUCHONG – Lebih 300 orang termasuk kalangan keluarga orang...