Bahasa Isyarat Malaysia: 30 kakitangan JKR lalui pengalaman baharu

Date:

KUALA LUMPUR – Buat pertama kalinya sebanyak 30 kakitangan Jabatan Kerja Raya (JKR) berkesempatan belajar Bahasa Isyarat Malaysia (BIM) yang dikendalikan oleh Persekutuan Orang Pekak Malaysia (MFD).

Kakitangan Jabatan Kerja Raya tekun mengikuti kelas pengenalan bahasa isyarat dikelolakan oleh Persekutuan Orang Pekak Malaysia (MFD) di Kuala Lumpur.

Kursus pengenalan BIM selama sejam di The MET Corporate Towers di sini  dikendalikan oleh tenaga pengajar MFD, Wang Chai Xin dan diterjemahkan oleh jurubahasa Haryanti Abdul Rahman.

Apa yang menarik, pendedahan pertama kali itu menjadikan kalangan kakitangan JKR berkenaan benar-benar teruja untuk mengetahui lebih lanjut mengenai bahasa isyarat dan seterusnya dapat memahami budaya komuniti pekak.

Kelas bahasa isyarat itu sebagai langkah permulaan bagi JKR dan MFD mewujudkan kerjasama berterusan pada masa hadapan.

Share post:

Subscribe

spot_imgspot_img

Popular

Artikel Berkaitan
Related