Hari Kebangsaan ke-68: Kanak-kanak Taska.Tadika Istika Jaya kelolaan MFD ceria berpakaian tradisional,  kibarkan Jalur Gemilang

Date:

KUALA LUMPUR – Sambutan Hari Kebangsaan ke-68 mengamit ramai orang tanpa mengira latar belakang agama, kaum dan usia.

Ia turut diraikan oleh kanak-kanak pekak Taska, Tadika Istika Jaya kelolaan Persekutuan Orang Pekak Malaysia (MFD) bertempat di Bandar Puchong Jaya, Puchong dekat sini.

Dengan berpakaian tradisional pelbagai kaum dan mengibarkan Jalur Gemilang, kanak-kanak tersebut berarak dari pusat asuhan Istika Jaya ke dataran tempat mereka menjalani aktiviti luar.

Kanak-kanak Istika Jaya bersama pengasuh dan tenaga pengajar ceria sambil mengibarkan Jalur Gemilang sempena Hari Kebangsaan ke-68 di Puchong, Selangor.

Kanak-kanak itu bersama pengasuh serta tenaga pengajar kemudian ke pejabat MFD sambil melaungkan ‘Merdeka’ menggunakan bahasa isyarat dengan masing-masing membawa Jalur Gemilang.

Keceriaan jelas terbayang pada wajah kanak-kanak tersebut dengan pengasuh serta tenaga pengajar mereka turut berpakaian tradisional.

Pengasuh dan tenaga pengajar Istika Jaya mengiringi kanak-kanak ke dataran untuk sambutan Hari Kebangsaan ke-68.

Sambutan Hari Kebangsaanke-68  itu antara lagi bagi memupuk semangat kecintaan pada negara serta merapatkan lagi hubungan sesama kaum bermula dari usia kanak-kanak.

Share post:

Subscribe

spot_imgspot_img

Popular

Artikel Berkaitan
Related