Kakitangan CIMB ceria, seronok sertai kelas BIM (Bahasa Isyarat Malaysia) anjuran Persekutuan Orang Pekak Malaysia (MFD)

Date:

KUALA LUMPUR – Pengalaman pertama kali menyertai kelas Bahasa Isyarat Malaysia (BIM) bukan sahaja memberi pendedahan mengenai dunia komuniti pekak, malah secara tidak langsung memperkenalkan apa itu bahasa isyarat.

Ia seolah-olah satu dunia baharu bagi 25 kakitangan CIMB berkenaan yang menyertai kelas bahasa isyarat di Akademi Nazir Razak, Bangi dekat sini.

Dari  kelas yang dikendalikan oleh tenaga pengajar MFD, kakitangan terbabit bukan sahaja mula berinteraksi dengan orang pekak, juga mengenali abjad serta nombor yang menggunakan bahasa isyarat.

Tenaga pengajar MFD (kanan) berinteraksi serta bertanyakan soalan kepada peserta dari CIMB di Akademi Nazir Razak, Bangi, Selangor.

Pada sesi kelas tersebut, peserta dari CIMB itu juga berkesempatan bertanyakan pelbagai soalan kepada tenaga pengajar MFD menggunakan bahasa isyarat.

Bagi kakitangan CIMB itu, walaupun  baru mengenali bahasa isyarat, namun ia adalah sesuatu yang menyeronokkan hingga menjadikan sepanjang kelas BIM berlangsung gelak ketawa dapat dilihat pada setiap wajah peserta.

Share post:

Subscribe

spot_imgspot_img

Popular

Artikel Berkaitan
Related

Kakitangan MFD tetamu undangan khas jamuan raya Rienz Travels & Tours

MERIAH...Pelbagai kaum terus bersama-sama meraikan sambutan Syawal dan yang...

Lebih 300 orang hadir sambutan Aidilfitri MFD

PUCHONG – Lebih 300 orang termasuk kalangan keluarga orang...