10 pelajar perubatan University Of Cyberjaya belajar bahasa isyarat di  MFD

Date:

KUALA LUMPUR – Bagi kalangan pelajar-pelajar perubatan University Of Cyberjaya, dunia pekerjaan yang bakal ditempuhi tidak berapa lama lagi, memerlukan mereka bersiap sedia dengan pelbagai ilmu dan kemahiran.

Ini kerana, sebagai orang yang akan bergelar doktor perubatan, sudah pasti mereka akan bertemu para pesakit dengan bermacam-macam latar belakang.

Untuk itu, ia tidak terkecuali para pesakit dari golongan orang kurang upaya (OKU) termasuk komuniti pekak.

Sebagai langkah awal, para pelajar terbabit mula belajar bahasa isyarat dari tenaga pengajar Persekutuan Orang Pekak Malaysia (MFD)  yang berpejabat di Puchong, Selangor.

Pelajar-pelajar University Of Cyberjaya bergambar bersama tenaga pengajar MFD.

Sebanyak 10 pelajar universiti berkenaan termasuk seorang dari Sudan dan seorang dari Brunei berkesempatan belajar bahasa isyarat sebagai langkah pengenalan.

Sebelum itu,  para pelajar terbabit telah diperkenalkan mengenai hala tuju, visi, misi dan peranan organisasi MFD.

Mereka kemudian didedahkan secara asas mengenai bahasa isyarat sambil berinteraksi dengan tenaga pengajar MFD.

Interaksi melalui permainan yang digemari kanak-kanak memberi peluang kepada pelajar-pelajar University Of Cyberjaya memahirkan diri dalam bahasa isyarat.

Bagi memahirkan lagi bahasa isyarat yang dipelajari itu, kalangan pelajar terbabit kemudian diberi peluang berinteraksi pula dengan kanak-kanak pekak Taska Istika Jaya.

Mereka berinteraksi melalui permainan yang menjadi kegemaran kanak-kanak terbabit.

Share post:

Subscribe

spot_imgspot_img

Popular

Artikel Berkaitan
Related

Kakitangan MFD tetamu undangan khas jamuan raya Rienz Travels & Tours

MERIAH...Pelbagai kaum terus bersama-sama meraikan sambutan Syawal dan yang...

Lebih 300 orang hadir sambutan Aidilfitri MFD

PUCHONG – Lebih 300 orang termasuk kalangan keluarga orang...