Pertukaran maklumat antara International Disability Alliance (IDA) dan MFD

Date:

KUALA LUMPUR – Permulaan tahun 2026 menyaksikan peranan Persekutuan Orang Pekak Malaysia (MFD) bukan sahaja jadi tumpuan pelbagai pihak, malah terus berkembang.

Keadaan itu turut memperlihatkan bahawa terdapat organisasi atau pertubuhan dari luar  negara berhasrat mengadakan kerjasama dengan MFD termasuk dari segi pertukaran maklumat.

Yang terbaharu apabila wakil International Disability Alliance (IDA), mengunjungi pejabat MFD di Puchong, Selangor.

Perbincangan melibatkan MFD dan IDA di pejabat MFD, Puchong, Selangor.

IDA yang diketuai oleh Naib Presidennya, Juan Angel De Gouveia, seorang warga pekak yang berasal dari Venezuela,  telah mengadakan perbincangan dengan Pengarah Eksekutif MFD, Mohamad Sazali Shaari.

Antara tujuan kunjungan itu termasuk kerjasama pertukaran maklumat antara IDA dan MFD selain melihat dengan lebih dekat pengurusan serta peranan dimainkan oleh MFD di negara ini.

Mohamad Sazali Shaari (kanan) menyampaikan cenderamata kepada Juan Angel De Gouveia.

Turut  serta pada kunjungan itu ialah dua orang jurubahasa isyarat iaitu dari Venezuela dan Afrika Selatan.

Rombongan dari luar negara itu yang pertama kali berkunjung ke Malaysia berkesempatan juga berinteraksi dengan kanak-kanak pekak Taska Istika Jaya.

Share post:

Subscribe

spot_imgspot_img

Popular

Artikel Berkaitan
Related

Kakitangan MFD tetamu undangan khas jamuan raya Rienz Travels & Tours

MERIAH...Pelbagai kaum terus bersama-sama meraikan sambutan Syawal dan yang...

Lebih 300 orang hadir sambutan Aidilfitri MFD

PUCHONG – Lebih 300 orang termasuk kalangan keluarga orang...