Perlindungan PERKESO: Komuniti pekak digesa mencarum terutama yang bekerja sendiri

Date:

KEPENTINGAN MENCARUM…Kalangan orang-orang  pekak termasuk yang bekerja sendiri digesa mencarum dengan Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO).

Mungkin ramai yang tidak mengetahui, mana-mana individu yang bekerja sendiri adalah layak mendapat perlindungan jika terbabit dalam kemalangan dan sebagai.

Sehubungan itu, untuk mendapatkan perlindungan tersebut, orang berkenaan hanya perlu mencarum dengan PERKESO.

Dalam hal ini, dua kakitangan PERKESO dari pejabat Petaling Jaya telah mengadakan pertemuan dengan Persekutuan Orang Pekak Malaysia (MFD) di Puchong, Selangor baru-baru ini.

Dari pertemuan itu dijelaskan bahawa mereka yang bekerja sendiri juga layak mendapat  perlindungan tertentu.

Dua kakitangan PERKESO memberi penerangan mengenai faedah mencarum termasuk kepada individu yang bekerja sendiri di Puchong, Selangor.

Untuk itu, orang pekak  boleh mendapatkan maklumat lanjut termasuk dengan mengunjungi mana-mana pejabat PERKESO dan kakitangan PERKESO sedia membantu.

Di samping itu, melalui PERKESO, seseorang individu itu juga boleh mendapatkan maklumat mengenai peluang-peluang pekerjaan yang ditawarkan dan sesuai.

Ini kerana setiap peluang pekerjaan yang diuar-uarkan akan dipantau oleh PERKESO. Dengan kata lain, tawaran pekerjaan itu adalah tulen bagi pemohon.

Share post:

Subscribe

spot_imgspot_img

Popular

Artikel Berkaitan
Related

Kakitangan MFD tetamu undangan khas jamuan raya Rienz Travels & Tours

MERIAH...Pelbagai kaum terus bersama-sama meraikan sambutan Syawal dan yang...

Lebih 300 orang hadir sambutan Aidilfitri MFD

PUCHONG – Lebih 300 orang termasuk kalangan keluarga orang...