MFD sertai, beri sokongan penuh Bengkel ASEAN-Japan Deafblind

Date:

KUALA LUMPUR – Bengkel ASEAN-Japan Deafblind selama tiga hari yang berlangsung di ibu negara menyaksikan penyertaan beberapa wakil dari Persekutuan Orang Pekak Malaysia (MFD) termasuk jurubahasa isyarat.

Selain MFD serta penceramah dari Jepun, bengkel tersebut turut disertai wakil persatuan dari Indonesia, Brunei, Singapura dan beberapa negara luar yang lain.

Penyertaan MFD membuktikan sokongan penuh terhadap usaha-usaha membela serta memartabatkan golongan orang kurang upaya (OKU) termasuk orang pekak dan buta.

Mohamad Sazali Shaari (kanan) diberi penerangan menerusi jurubahasa isyarat pada Bengkel ASEAN-Japan Deafblind di Kuala Lumpur.

Bengkel tersebut dirasmikan oleh Presiden Majlis Kebangsaan Bagi Orang Buta Malaysia (NCBM), Datuk Rosalind Chew serta dihadiri Pengarah Eksekutif MFD, Mohamad Sazali Shaari.

Ia antara lain bagi membuka ruang melalui perkongsian pengalaman yang berbeza dilalui oleh golongan pekak-buta dari Malayisa, ASEAN dan Jepun.

Rosalind Chew (kanan) ketika merasmikan Bengkel ASEAN-Japan Deafblind di Kuala Lumpur.

Secara langsung ia juga bagi meningkatkan pengetahuan jurubahasa isyarat dari negara-negara terbabit.

Share post:

Subscribe

spot_imgspot_img

Popular

Artikel Berkaitan
Related

Kakitangan MFD tetamu undangan khas jamuan raya Rienz Travels & Tours

MERIAH...Pelbagai kaum terus bersama-sama meraikan sambutan Syawal dan yang...

Lebih 300 orang hadir sambutan Aidilfitri MFD

PUCHONG – Lebih 300 orang termasuk kalangan keluarga orang...