Kerjasama MFD, Kementerian Kesihatan: Jamin penggunaan ubat-ubatan untuk komuniti pekak lebih terjamin

Date:

KUALA LUMPUR – Kerjasama berterusan Persekutuan Orang Pekak Malaysia (MFD) dengan Kementerian Kesihatan berkaitan penggunaan ubat-ubatan melibatkan orang pekak kini lebih terjamin.

Ini berikutan langkah Kementerian Kesihatan melalui Bahagian Amalan dan Perkembangan Farmasi akan melatih lebih ramai kakitangannya dalam kemahiran bahasa isyarat.

Persetujuan itu dicapai hasil perbincangan antara MFD dan Bahagian Amalan dan Perkembangan Farmasi, Kementerian Kesihatan di pejabat MFD di Puchong dekat sini.

Mohamad Sazali Shaari (tengah) bergambar bersama dua kakitangan Bahagian Amalan dan Perkembangan Farmasi Kementerian Kesihatan serta kakitangan MFD di Puchong, Selangor.

Sejak tahun lalu dan tahun ini sahaja, sebanyak 130 kakitangan kementerian berkenaan terutama yang terlibat dalam farmasi serta berurusan dengan pesakit terutama komunit pekak, telah menjalani kursus bahasa isyarat.

Kesinambungan dari kerjasama yang telah terlaksana itu, MFD dan Kementerian Kesihatan akan melatih lebih ramai kakitangan farmasi dari seluruh negara pada tahun hadapan berkaitan bahasa isyarat.

Pengarah Eksekutif MFD, Mohamad Sazali Shaari memberitahu, kerjasama dengan kementerian tersebut merupakan satu pelan strategik yang memperlihatkan bahawa Kementerian Kesihatan amat mengambil berat serta prihatin terhadap golongan pekak terutama berkaitan dengan pengambilan serta penggunaan ubat-ubatan secara betul.

Menurutnya, MFD akan terus menyediakan jurubahasa isyarat bertauliah untuk melatih kakitangan kementerian terbabit.

Harapan beliau,  melalui latihan yang diberi, komuniti pekak akan mendapat penerangan serta penjelasan yang betul  mengenai penggunaan ubat-ubatan.

Sementera itu, dalam perbincangan dengan kakitangan Bahagian Amalan dan Perkembangan Farmasi, kementerian tersebut juga bersetuju mengadakan sesi khas bersama dengan orang-orang pekak pada Ogos depan.

Melalui sesi tersebut, kakitangan  kementerian akan bersemuka secara  berdepan iaitu seorang demi seorang bagi memberi penjelasan mengenai ubat-ubatan yang mereka ambil.

Sesi itu bukan sahaja menjelaskan setiap kesan ubat-ubatan yang ada, malah  mengenai cara pengambilan, amalan, tarikh luput dan perkara-perkara yang berkaitan dengannya.

Sehubungan itu, MFD akan menetapkan tarikh yang sesuai untuk sesi khas berkenaan dan komuniti orang pekak dari seluruh negara diminta hadir dengan membawa bersama ubat-ubatan  yang  dimiliki atau dalam simpanan.

Share post:

Subscribe

spot_imgspot_img

Popular

Artikel Berkaitan
Related

40 orang pekak diraikan dalam program Ramadan anjuran Masjid Imam Ash-Shafie KotaSAS

KUANTAN – Masjid Imam Ash-Shafie KotaSAS (MIASK) di sini,...

MFD beri pendedahan bahasa isyarat kepada pelajar, guru Hua Xia International School

KUALA LUMPUR – Sebanyak 45 pelajar Hua Xia International...

Senator Isaiah D. Jacob berkunjung ke MFD

TURUN PADANG....Senator Isaiah D. Jacob meluangkan masa lebih satu...

Wanita  minta bantuan MFD belajar bahasa isyarat setelah hilang suara

KUALA  LUMPUR – Suatu ketika dahulu, sama ada di...