MFD, JAWI anjur Konvensyen Mahabbah OKU di Masjid At-Taqwa TTDI, 24 Ogos 2025

Date:

KUALA LUMPUR – Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) dengan kerjasama Persekutuan Orang Pekak Malaysia (MFD) akan menganjurkan konvensyen berkaitan halal dan sembelihan di Masjid At-Taqwa Taman Tun Dr. Ismail (TTDI) di sini pada 24 Ogos depan.

Apa yang menarik ialah konvensyen itu bakal melibatkan peserta pekak dan orang buta selain masyarakat umum.

Para peserta terbabit akan didedahkan mengenai konsep dan info halal selain menjalani cara-cara penyembelihan dengan syarat-syarat yang betul serta mengikut kehendak agama Islam.

Persetujuan mengadakan konvensyen itu dicapai setelah JAWI dan MFD mengadakan perbincangan di pejabat MFD, Puchong, Selangor.

Dalam perbincangan dua hala itu, JAWI diketuai Penolong Pengarah Unit OKU Bahagian Pengurusan Dakwah JAWI, Nur Solehah Shapiee manakala  MFD oleh Pengarah Eksekutifnya, Mohamad Sazali Shaari.

Turut hadir, Yang Dipertua Persatuan Orang Pekak Islam Malaysia (Prisma), Aqlam Jafri.

Sehubungan itu, komuniti pekak digalakkan menyertai konvensyen berkenaan bagi menambah ilmu selain memperolehi cara-cara penyembelihan yang betul.

Pada konvensyen itu, MFD akan menyediakan beberapa jurubahasa isyarat (JBI) bagi memastikan maklumat mengenai halal dan penyembelihan dapat disampaikan dengan tepat.

Malah, kehadiran JBI juga membolehkan warga pekak berinteraksi dengan kariah tempatan di masjid tersebut.

Sementara itu, JAWI akan menyediakan 100 ekor ayam bagi membolehkan para peserta melakukan penyembelihan.

Sempena konvensyen tersebut, MFD akan membuka lima buah kios yang melibatkan penjualan barangan seperti cenderamata, buku bahasa isyarat dan beberapa barangan lain.

Share post:

Subscribe

spot_imgspot_img

Popular

Artikel Berkaitan
Related

Kakitangan MFD jadi tetamu khas, melawat kilang Ajinomoto (M) Berhad di Bandar Baru Enstek

SEREMBAN – Beberapa kakitangan Persekutuan Orang Pekak Malaysia (MFD)...

Pembukaan restoran nasi kadar di Bandar Puteri meriah, ahli-ahli Persekutuan Orang Pekak Malaysia (MFD) turut hadir

MENYELERAKAN...Itulah reaksi setiap tetamu yang hadir pada majlis pembukaan...

Kelas Bahasa Isyarat:  Kolaborasi MFD – Steelcase Manufacturing (M) Sdn. Bhd diteruskan

PUCHONG – Dari satu sesi ke sesi berikutnya, kakitangan...

Kakitangan  PERKESO terus pilih MFD belajar bahasa isyarat, kini memasuki tahap 2

KUALA LUMPUR – Bermula dengan kelas bahasa isyarat tahap...