MFD catat sejarah negara, mengorak langkah perkenal portal e-pekak.com, bela nasib komuniti pekak

Date:

KUALA LUMPUR – Buat julung kalinya dan seterusnya mencatatkan sejarah negara, Persekutuan Orang Pekak Malaysia (MFD) mengorak langkah memperkenalkan portal e-pekak.com.

Portal yang boleh diakses oleh semua masyarakat umum itu antara lain bertujuan  menguar-uarkan segala aktiviti komuniti pekak di negara ini mahupun luar negara.

Sama ada berita itu berkaitan isu orang pekak, e-pekak.com juga terbuka kepada berita mengenai sukan, pendidikan, hiburan, keperitan hidup, politik, mahkamah, seni dan sastera, kesihatan, jenayah, rencana dan banyak lagi.

Yang pasti, portal e-pekak.com hadir dalam jiwa rakyat Malaysia sama seperti juga kewujudan portal-portal lain yang terdapat dalam negara ini.

Portal e-pekak.com membuktikan kesungguhan MFD dalam membela nasib orang pekak, di samping melalui maklumat yang disajikan akan menambahkan lagi pengetahuan serta ilmu komuniti pekak.

Sesuatu yang menarik, portal e-pekak.com juga sedia menyajikan video menggunakan bahasa isyarat bagi membolehkan orang pekak yang tidak tahu membaca, mengetahui berita yang diketengahkan.

Malah, turut menjadi perhatian ramai apabila melalui portal e-pekak.com, golongan buta juga boleh mendengar berita yang disajikan dengan menekan butang suara (listen atau voice).

Dengan kata lain, portal e-pekak.com adalah mesra orang kurang upaya (OKU).

Pengarah Eksekutif MFD, Mohamad Sazali Shaari berkata, e-pekak.com merupakan wadah yang dapat mengerat serta merapatkan lagi komuniti pekak dalam memperjuangankan keperluan mereka.

Mohamad Sazali Shaari

Sehubungan itu, kata beliau, amatlah  penting setiap orang pekak di negara ini sentiasa bersama dengan MFD supaya mesej yang hendak diketengahkan dapat sampai ke pihak-pihak berwajib.

“Tidak rugi jika bersama MFD. Sekarang kita sudah mempunyai e-pekak.com, jadi  inilah wadah untuk kita sebagai komuniti pekak menggunakan sepenuhnya bagi memperjuangkan hak-hak kita selama ini.

“Portal e-pekak.com ini adalah untuk semua. Jangan sekali-kali kita jauhkan diri dari MFD. Kelak kita yang rugi,” katanya mengulas mengenai portal e-pekak.com.

Translation

MFD records the country’s history, takes steps to introduce the e-pekak.com portal, advocate for the deaf community

KUALA LUMPUR – For the first time and subsequently marking a milestone in the country’s history, the Malaysian Federation of the Deaf (MFD) has taken steps to introduce the e-pekak.com portal.

The portal, accessible to the general public, aims among other things to promote all activities of the deaf community in this country as well as abroad.

Whether the news is related to issues concerning the deaf, e-pekak.com is also open to news about sports, education, entertainment, hardships, politics, courts, arts and literature, health, crime, articles, and much more.

One thing is certain, the e-pekak.com portal resonates in the hearts of Malaysians just like the existence of other portals in this country.

The e-pekak.com portal demonstrates MFD’s commitment to advocating for the deaf community, and the information provided will further enhance the knowledge and understanding of the deaf community.

Interestingly, the portal e-pekak.com also provides videos using sign language to enable deaf individuals who cannot read to access the news being highlighted.

In fact, it has also garnered attention as through the portal e-pekak.com, blind individuals can listen to the news presented by pressing the voice button (listen or voice).

 The Executive Director of MFD, Mohamad Sazali Shaari, stated that e-pekak.com is a means to strengthen and unite the deaf community in advocating for their needs.

In this regard, he emphasized the importance of every deaf person in the country staying connected with MFD so that the messages that need to be conveyed reach the relevant authorities.

 ‘It is not a loss to be with MFD. Now we have e-pekak.com, so this is a platform for us as the deaf community to fully utilize in fighting for our rights all these years.

 ‘The e-pekak.com portal is for everyone. We must never distance ourselves.’

 “This e-pekak.com portal is for everyone. We should never distance ourselves from the MFD. In the end, we will be the ones at a loss,” he said when commenting on the e-pekak.com portal.

Share post:

Subscribe

spot_imgspot_img

Popular

Artikel Berkaitan
Related

Gelagat  kanak-kanak pekak menjadikan Sukaneka Taska dan Tadika Istika Jaya meriah, menyeronokkan

SUBANG -  Pelbagai ragam kanak-kanak pekak menjadi tumpuan ramai...

Pelajar-pelajar kejururawatan UTAR teruja peranan, tanggungjawab MFD

Oleh Nur Elisa Sasha dan Siti Norshuhaida TAMBAH ILMU…Bagi 18...

‘Baru kami tahu, peranan jurubahasa isyarat amat penting’

Oleh Nur Elisa Sasha dan Siti Norshuhaida PUTRAJAYA - Bagi...