Tengku Permaisuri Selangor berkenan menerima cenderamata daripada MFD

Date:

SHAH ALAM – Persekutuan Orang Pekak Malaysia (MFD) terharu dan berasa bangga apabila Tengku Permaisuri Selangor, Tengku Permaisuri Norashikin berkenan menerima cenderamata daripada MFD.

Cenderamata itu antaranya mengandungi buku poket mengenai bahasa isyarat, disampaikan oleh guru Wang Chai Xin yang menjadi tenaga pengajar di Istika Jaya iaitu sebuah taska dan tadika  untuk kanak-kanak pekak kelolaan MFD yang beroperasi di Puchong, Selangor.

MFD antara beberapa pertubuhan bukan kerajaan yang membuka ‘booth’ pameran pada Majlis Pelancaran Yayasan Insan Istimewa Selangor (YANIS) di Setia City Convention Centre (SCCC) di sini.

Tengku Permaisuri Selangor, Tengku Permaisuri Norashikin berkenan melafazkan pelancaran YANIS dalam majlis yang diadakan di SCCC, Shah Alam,Selangor.

Sementara itu, pada majlis pelancaran YANIS, Tengku Permaisuri Norashikin berkenan melafazkan pelancaran YANIS dan menjadi Penaung Diraja YANIS.

Turut hadir, Ketua Pegawai Eksekutif YANIS, Ar. Kamarul Hisham Yeop Hashim dan Exco Pembangunan Wanita dan Kebajikan Masyarakat Negeri Selangor, Anfaal Saari.

Keberangkatan tibaTengku Permaisuri Selangor, Tengku Permaisuri Norashikin di SCCC, Shah Alam,Selangor.

Majlis tersebut turut diserikan dengan persembahan kanak-kanak istimewa dari YANIS.

YANIS ditubuhkan sejak 2018 dan telah melaksanakan pelbagai inisiatif termasuk program sokongan dan pemerkasaan untuk anak-anak istimewa.

Pelancaran itu menjadikan YANIS sebagai agensi pelaksana utama dalam memperkukuhkan pembangunan orang kurang upaya secara holistik di Selangor.

Share post:

Subscribe

spot_imgspot_img

Popular

Artikel Berkaitan
Related

‘Banyak perkara baharu saya pelajari dari MFD’ – Pelajar UKM

PUCHONG – Selama dua minggu dia menumpukan masa dan...

‘Kami keluarga pekak, gembira dapat tinggal sebumbung’

TUMPAT- Tiada apa yang lebih menggembirakan ibu bapa apabila...

Pasangan pekak  bertemu jodoh di gelanggang futsal

PASIR MAS – Siapa sangka, pada mulanya hanya menyertai...

Insan pekak Mohd. Fauzi miliki kemahiran  baiki peti sejuk, mesin basuh

TUMPAT - Lahir sebagai insan pekak dan sejak dari...