25 peserta jalani kursus  bahasa isyarat di IPPTAR

Date:

KUALA LUMPUR – Sebanyak 25 peserta menjalani kursus bahasa isyarat dikendalikan oleh Persekutuan Orang Pekak Malaysia (MFD) di Institut Penyiaran dan Penerangan Tun Abdul Razak (IPPTAR) di sini.

Kursus selama tiga hari itu bagi memahirkan diri mereka dengan Bahasa Isyarat Malaysia (BIM).

Mohamad Sazali Shaari (kanan) memberi taklimat pada sesi kelas bahasa isyarat di Institut Penyiaran dan Penerangan Tun Abdul Razak, Kuala Lumpur.

Kalangan  mereka yang menyertai kelas bahasa isyarat itu terdiri daripada pelbagai latar belakang.

Sementara itu,  Pengarah Eksekutif MFD, Mohamad Sazali Shaari ketika merasmikan kelas bahasa isyarat tersebut, turut menyentuh mengenai Akta OKU 2008 bagi memberi gambaran jelas mengenai hak serta keperluan OKU terutama komuniti pekak.

Tenaga pengajar MFD (kanan) berinteraksi dengan peserta yang menyertai kelas bahasa isyarat di Institut Penyiaran dan Penerangan Tun Abdul Razak, Kuala Lumpur.

Mohamad Sazali juga berharap melalui kelas bahasa isyarat, peserta terbabit dapat berkomunikasi dan berinteraksi lebih berkesan dengan orang-orang pekak.

Menurutnya, adalah penting ketika berinteraksi dengan orang pekak, mereka disyor  tidak menggunakan bahasa berbunga-bunga tetapi sebaliknya terus kepada maksud atau penjelasan bagi memudahkan orang pekak memahaminya.

Share post:

Subscribe

spot_imgspot_img

Popular

Artikel Berkaitan
Related

‘Banyak perkara baharu saya pelajari dari MFD’ – Pelajar UKM

PUCHONG – Selama dua minggu dia menumpukan masa dan...

‘Kami keluarga pekak, gembira dapat tinggal sebumbung’

TUMPAT- Tiada apa yang lebih menggembirakan ibu bapa apabila...

Pasangan pekak  bertemu jodoh di gelanggang futsal

PASIR MAS – Siapa sangka, pada mulanya hanya menyertai...

Insan pekak Mohd. Fauzi miliki kemahiran  baiki peti sejuk, mesin basuh

TUMPAT - Lahir sebagai insan pekak dan sejak dari...