Kakitangan  PERKESO terus pilih MFD belajar bahasa isyarat, kini memasuki tahap 2

Date:

KUALA LUMPUR – Bermula dengan kelas bahasa isyarat tahap 1, kini kakitangan Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO) meneruskan ‘universiti ilmu’ mereka dengan kelas tahap 2.

Kakitangan itu ‘berkampung’ di sebuah hotel di sini selama tiga hari untuk belajar Bahasa Isyarat Malaysia (BIM) yang dikendalikan oleh tenaga pengajar Persekutuan Orang Pekak Malaysia (MFD).

Jika kelas BIM tahap 1 lebih tertumpu kepada pengenalan dan asas, kini kelas tahap 2 lebih mendalam termasuk interaksi secara terbuka kakitangan PERKESO sebanyak 20 orang itu dengan tenaga pengajar MFD.

Seorang kakitangan PERKESO (kanan) ketika diuji dan berinteraksi dengan tenaga pengajar MFD.

Kelas tahap 2 juga melibatkan pelbagai ekspresi wajah setiap bahasa isyarat yang digunakan.

Pada kelas tersebut, tenaga pengajar MFD turut bertanyakan pelbagai soalan kepada para peserta selain kakitangan terbabit  juga diuji dengan pelbagai pertanyaan.

Setiap kakitangan PERKESO diberi peluang pada sesi interaksi menggunakan bahasa isyarat.

Sepanjang tiga hari kelas berkenaan, pelbagai perkara baharu dipelajari bagi melengkapkan ilmu serta pengetahuan kakitangan PERKESO sebagai persiapan  berhadapan dalam membantu golongan pekak yang berurusan dengan agensi berkenaan.

Share post:

Subscribe

spot_imgspot_img

Popular

Artikel Berkaitan
Related

40 orang pekak diraikan dalam program Ramadan anjuran Masjid Imam Ash-Shafie KotaSAS

KUANTAN – Masjid Imam Ash-Shafie KotaSAS (MIASK) di sini,...

MFD beri pendedahan bahasa isyarat kepada pelajar, guru Hua Xia International School

KUALA LUMPUR – Sebanyak 45 pelajar Hua Xia International...

Senator Isaiah D. Jacob berkunjung ke MFD

TURUN PADANG....Senator Isaiah D. Jacob meluangkan masa lebih satu...

Wanita  minta bantuan MFD belajar bahasa isyarat setelah hilang suara

KUALA  LUMPUR – Suatu ketika dahulu, sama ada di...