Kelas BIM: Dari serius bertukar  situasi menyeronokkan bagi kakitangan Petrosains

Date:

KUALA LUMPUR – Bagi masyarakat umum, apabila mula mengenali atau memasuki  dunia orang pekak yang melibatkan penggunaan bahasa isyarat, sudah pasti pelbagai pertanyaan berlegar-legar dalam fikiran.

Ia seolah-olah satu dunia baharu yang memerlukan seseorang itu keluar dari dunia asal mereka.

Begitu juga perkara yang sama berlaku apabila seseorang itu mengambil langkah berani untuk belajar Bahasa Isyarat Malaysia (BIM) dengan harapan dapat berinteraksi dengan orang pekak.

Tenaga pengajar MFD (kiri) berinteraksi dengan kakitangan Petrosains agar pengajaran BIM lebih berkesan.

Bagi 19 kakitangan Petrosains, permulaan dan pengenalan belajar bahasa isyarat menampakkan wajah yang serius kerana tidak pasti apa yang menanti mereka sepanjang dua hari kelas BIM  berlangsung di sebuah hotel di ibu negara.

Namun, semuanya berubah dari serius kepada situasi menyeronokkan apabila kehadiran dua orang pekak yang merupakan tenaga pengajar dari Persekutuan Orang Pekak Malaysia (MFD) mengajar BIM kepada kakitangan berkenaan.

Lebih menarik apabila setiap kakitangan Petrosains itu ingin mencuba berinteraksi dengan tenaga pengajar MFD selain bertanyakan pelbagai soalan berkaitan BIM.

Seorang kakitangan Petrosains (kanan) turut diuji semasa sesi kelas BIM di Kuala Lumpur.

Situasi menyeronokkan itu secara tidak langsung melibatkan penggunaan bahasa isyarat  mengenai pengenalan diri setiap kakitangan Petrosains yang menyertai kelas BIM.

Share post:

Subscribe

spot_imgspot_img

Popular

Artikel Berkaitan
Related

40 orang pekak diraikan dalam program Ramadan anjuran Masjid Imam Ash-Shafie KotaSAS

KUANTAN – Masjid Imam Ash-Shafie KotaSAS (MIASK) di sini,...

MFD beri pendedahan bahasa isyarat kepada pelajar, guru Hua Xia International School

KUALA LUMPUR – Sebanyak 45 pelajar Hua Xia International...

Senator Isaiah D. Jacob berkunjung ke MFD

TURUN PADANG....Senator Isaiah D. Jacob meluangkan masa lebih satu...

Wanita  minta bantuan MFD belajar bahasa isyarat setelah hilang suara

KUALA  LUMPUR – Suatu ketika dahulu, sama ada di...