Affin Islamic, Exco Selangor janji lebih banyak aktiviti, pembelaan terhadap komuniti pekak, OKU lain-lain kategori pada masa depan

Date:

KUALA LUMPUR- Affin Islamic Bank Berhad akan terus memberi peluang kepada golongan orang kurang upaya (OKU) termasuk dari segi latihan, pembelaan serta sumbangan, atas dasar untuk melahirkan masyarakat  yang lebih inklusif.

Ketua Pegawai Eksekutif Affin Islamic, Datuk Syed Mashafuddin Syed Badarudin memberitahu, langkah Affin Islamic itu bukan sahaja atas dasar  tanggungjawab sosial, malah percaya ia dapat membentuk masyarakat yang lebih harmoni.

Menurutnya, langkah Affin Islamic itu juga secara langsung dapat membentuk kepemimpinan terhadap golongan OKU terutama generasi belia termasuk dari segi program latihan.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada majlis Perasmian Penutupan Projek OK-Youth di Menara Affin@TRX di sini.

Majlis tersebut disempurnakan oleh Pengerusi Jawatankuasa Pelan TIndakan OKU Selangor yang juga ADUN Batu Tiga Shah Alam, Danial Al-Rashid Haron Aminar Rashid.

Sebahagian daripada penerima sumbangan daripada Affin Islamic Bank Berhad pada majlis Perasmian Penutupan Projek OK-Youth di Menara Affin@TRX, Kuala Lumpur. Turut kelihatan mewakili MFD ialah Masuzana Mustapa (kanan).

Pada majlis berkenaan, Affin Islamic turut menyampaikan sumbangan berjumlah RM24,000 kepada Persekutuan Orang Pekak Malaysia (MFD) serta lain-lain pertubuhan.

MFD diwakili oleh Eksekutif Sumber Manusia MFD, Masuzana Mustapa.

Sementara itu, Danial Al-Rashid ketika berucap memberitahu, kerajaan Selangor akan terus membantu dan membela golongan OKU termasuk orang pekak, buta dan OKU fizikal.

Beliau juga mengumumkan bahawa dalam masa terdekat ini pihaknya akan melancarkan Buku Dasar OKU Selangor yang diharap dapat dijadikan rujukan serta panduan kepada pertubuhan dan organisasi OKU termasuk individu OKU.

“Kita akan lancarkan buku ini dalam masa terdekat dengan harapan ia juga dapat  memberi pemahaman kepada komuniti OKU,” katanya.

Hadirin bergambar beramai-ramai pada majlis Perasmian Penutupan Projek OK-Youth di Menara Affin@TRX, Kuala Lumpur.

Di samping itu beliau menggesa agar semua pihak termasuk jabatan, agensi, syarikat dan pertubuhan bukan kerajaan agar bergabung tenaga untuk bersama-sama membela komunikit OKU.

“Dengan semua pihak bergabung,  pembelaan terhadap OKU akan lebih berkesan dan memberi impak besar,” katanya.

Share post:

Subscribe

spot_imgspot_img

Popular

Artikel Berkaitan
Related

‘Banyak perkara baharu saya pelajari dari MFD’ – Pelajar UKM

PUCHONG – Selama dua minggu dia menumpukan masa dan...

‘Kami keluarga pekak, gembira dapat tinggal sebumbung’

TUMPAT- Tiada apa yang lebih menggembirakan ibu bapa apabila...

Pasangan pekak  bertemu jodoh di gelanggang futsal

PASIR MAS – Siapa sangka, pada mulanya hanya menyertai...

Insan pekak Mohd. Fauzi miliki kemahiran  baiki peti sejuk, mesin basuh

TUMPAT - Lahir sebagai insan pekak dan sejak dari...