MFD buktikan keakraban, santuni kakitangan

Date:

PUTRAJAYA – Menjadi sebahagian daripada ‘ahli keluarga’ Persekutuan Orang Pekak Malaysia (MFD) pasti banyak faedahnya.

Sebagai ahli keluarga MFD, sudah pasti setiap ahli yang bernaung di bawah persekutuan ini, walaupun di luar Lembah Klang, akan sentiasa diberi perhatian.

Begitu juga, jika ada ahli atau kakitangan yang kurang bernasib baik seperti sakit, pasti ada sahaja kepemimpinan MFD datang menjenguk atau menziarahi ahli tersebut.

Yang terbaharu, Pengarah Eksekutif MFD, Mohamad Sazali Shaari dan Presiden persekutuan tersebut, Mohd. Norhisham Aluwi bersama beberapa kakitangan lain,  meluangkan masa lebih satu jam menyantuni kakitangan MFD, Eamienor Zakiah Md. Zuki di rumahnya di sini.

Eamienor  yang dalam tempoh cuti sakit, sebelum ini terpaksa menjalani pembedahan kecil di tangan kirinya akibat kecederaan.

Kehadiran kepemimpinan MFD di rumah Eamienor telah menceriakan kakitangan terbabit.

Secara langsung ia membuktikan keakraban kepemimpinan MFD dalam menyantuni ahli-ahli serta kakitangannya.

Share post:

Subscribe

spot_imgspot_img

Popular

Artikel Berkaitan
Related

40 orang pekak diraikan dalam program Ramadan anjuran Masjid Imam Ash-Shafie KotaSAS

KUANTAN – Masjid Imam Ash-Shafie KotaSAS (MIASK) di sini,...

MFD beri pendedahan bahasa isyarat kepada pelajar, guru Hua Xia International School

KUALA LUMPUR – Sebanyak 45 pelajar Hua Xia International...

Senator Isaiah D. Jacob berkunjung ke MFD

TURUN PADANG....Senator Isaiah D. Jacob meluangkan masa lebih satu...

Wanita  minta bantuan MFD belajar bahasa isyarat setelah hilang suara

KUALA  LUMPUR – Suatu ketika dahulu, sama ada di...