KUALA LUMPUR – Permulaan tahun 2026 menyaksikan peranan Persekutuan Orang Pekak Malaysia (MFD) bukan sahaja jadi tumpuan pelbagai pihak, malah terus berkembang.
Keadaan itu turut memperlihatkan bahawa terdapat organisasi atau pertubuhan dari luar negara berhasrat mengadakan kerjasama dengan MFD termasuk dari segi pertukaran maklumat.
Yang terbaharu apabila wakil International Disability Alliance (IDA), mengunjungi pejabat MFD di Puchong, Selangor.

IDA yang diketuai oleh Naib Presidennya, Juan Angel De Gouveia, seorang warga pekak yang berasal dari Venezuela, telah mengadakan perbincangan dengan Pengarah Eksekutif MFD, Mohamad Sazali Shaari.
Antara tujuan kunjungan itu termasuk kerjasama pertukaran maklumat antara IDA dan MFD selain melihat dengan lebih dekat pengurusan serta peranan dimainkan oleh MFD di negara ini.

Turut serta pada kunjungan itu ialah dua orang jurubahasa isyarat iaitu dari Venezuela dan Afrika Selatan.
Rombongan dari luar negara itu yang pertama kali berkunjung ke Malaysia berkesempatan juga berinteraksi dengan kanak-kanak pekak Taska Istika Jaya.




