40 orang pekak diraikan dalam program Ramadan anjuran Masjid Imam Ash-Shafie KotaSAS

Date:

KUANTAN – Masjid Imam Ash-Shafie KotaSAS (MIASK) di sini, yang sinonim dengan pelbagai aktiviti kemasyarakatan, mencatat sejarah apabila julung-julung kali menyantuni 40 orang pekak yang datang dari sekitar Pahang.

Dalam program menyemarakkan Ramadan itu, komuniti pekak yang hadir  lebih teruja apabila pengurusan MIASK menyelitkan ceramah agama dan diterjemahkan melalui bahasa isyarat.

Ceramah yang diterjemahkan oleh jurubahasa isyarat itu bagi membolehkan setiap orang pekak yang hadir benar-benar memahami isi kandungan ceramah.

Sebahagian komuniti pekak bersama ahli keluarga masing-masing berbuka puasa di Masjid Imam Ash-Shafie KotaSAS, Kuantan, Pahang.

Program anjuran MIASK itu dihadiri oleh komuniti pekak dari Persekutuan Orang Pekak Malaysia (MFD) dan Persatuan Orang Pekak Negeri Pahang (PADA).

Turut hadir pada program menyantuni komuniti pekak  itu ialah Pengerusi MIASK, Izudin Muhamad Amin; Imam 1 MIASK, Izalludin Mat Nor dan Presiden MFD merangkap Presiden PADA, Mohd. Norhisham Aluwi.

Izudin  ketika berucap menyatakan MIASK sedia mengadakan kerjasama dan aktiviti yang lebih luas bukan sahaja kepada orang pekak, malah komuniti dari lain-lain kategori serta masyarakat umum.

Izudin Muhamad Amin (kanan) menyantuni keluarga pekak sambil menyampaikan sumbangan di Masjid Imam Ash-Shafie KotaSAS, Kuantan, Pahang.

“Menyantuni masyarakat termasuk komuniti pekak menjadi antara komponen penting aktiviti MIASK.

“Malah, MIASK juga mengadakan serta mengalu-alukan pembabitan kariah dari  luar KotaSAS dan dari semasa ke semasa memang ada program melibatkan kariah setempat dan kariah luar,” katanya.

Jawatankuasa masjid bersama komuniti pekak dari sekitar Pahang bergambar beramai-ramai di Masjid Imam Ash-Shafie KotaSAS, Kuantan, Pahang.

Di samping itu kata Izudin, ketika setiap komuniti bergembira termasuk menjelangnya 1 Syawal, jangan sekali-kali lupa bahawa ada orang lain yang dalam kesedihan serta kesusahan, maka menjadi kewajipan setiap umat Islam membantu mereka.

Pada program berkenaan, MFD dan PADA turut membuka ‘booth’ jualan bagi memperkenalkan produk yang dihasilkan termasuk buku Bahasa Isyarat Malaysia (BIM), baju dan barangan lain.

Sementara itu, imam  MIASK, Izalludin dalam ceramahnya menyentuh mengenai pentingnya Ramadan yang merupakan penghulu segala bulan.

Dua petugas orang pekak (kanan) melayani kariah yang datang ke ‘booth’ orang pekak di Masjid Imam Ash-Shafie KotaSAS, Kuantan, Pahang.

“Gunakan kesempatan sepanjang Ramadan ini untuk beramal,” katanya.

Dalam pada itu, Mohd. Norhisham ketika ditemui memberitahu, beliau berpuas hati dengan aktiviti MIASK menyantuni orang pekak.

Beliau berharap aktiviti sedemikian dapat diteruskan terutama melibatkan pengetahuan agama kerana kalangan orang pekak memang dahagakan ilmu agama.

Share post:

Subscribe

spot_imgspot_img

Popular

Artikel Berkaitan
Related

MFD beri pendedahan bahasa isyarat kepada pelajar, guru Hua Xia International School

KUALA LUMPUR – Sebanyak 45 pelajar Hua Xia International...

Senator Isaiah D. Jacob berkunjung ke MFD

TURUN PADANG....Senator Isaiah D. Jacob meluangkan masa lebih satu...

Wanita  minta bantuan MFD belajar bahasa isyarat setelah hilang suara

KUALA  LUMPUR – Suatu ketika dahulu, sama ada di...

30 orang sertai kursus bahasa isyarat di ISM

PERLUAS ILMU DEMI MENYANTUNI ORANG PEKAK.....Perkembangan dan keperluan kepada...