YADIM beri sumbangan, raikan 100 orang kurang upaya

Date:

KUALA LUMPUR – Sebanyak 100 orang kurang upaya (OKU) pelbagai kategori yang melibatkan 25 pertubuhan bukan kerajaan (NGO) diraikan oleh Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM).

Majlis Iftar Kasih Tautan Ukhuwah dan Bina Insan Bersama Golongan OKU (IKTIRAF) itu turut dihadiri wakil daripada Persekutuan Orang Pekak Malaysia (MFD).

Dengan kerjasama Affin Islamic Bank Berhad dan Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP), program diadakan di Pusat Konvensyen Bangi dekat sini.

Hadir merasmikan program serta menyampaikan sumbangan ialah Timbalan Yang Dipertua YADIM, Prof. Madya Dr. Adi Anuar Azmin. Turut hadir, Ketua Unit Penasihat Syariah Affin Islamic, Wan Sufiyan Wan Sayed.

Dr. Adi Anuar Azmin (berdiri, dua dari kanan) bersama Yang Dipertua Pertubuhan Orang Pekak Islam Malaysia (PRISMA), Aqlam Jafri (berdiri, tiga dari kanan) menyantuni orang-orang pekak di Pusat Konvensyen Bangi dekat Kuala Lumpur.

Sementara itu, Dr. Adi dalam ucapannya berkata, program yang disertai 25 NGO itu berjaya mengumpulkan pelbagai kategori OKU.

Menurutnya, program berkenaan antara lain bertujuan merapatkan silaturahim selain mengeratkan kasih sayang serta saling faham-memahami antara golongan OKU.

Beliau seterusnya menggesa agar setiap yang hadir pada program berkenaan dapat  menghayati Ramadan kerana ia adalah bulan yang mulia dan luar biasa.

“Dalam bulan ini dan dengan program ini, kita datang untuk bertemu dari hati ke hati.

“Di sinilah kita dapat mengeratkan silaturahim dan memupuk kasih sayang. Pada bulan ini jugalah kita semua bukan sahaja diuji pada tubuh badan, malah jiwa kita,” katanya.

Share post:

Subscribe

spot_imgspot_img

Popular

Artikel Berkaitan
Related

Vegasino Casino – Γρήγορο Παιχνίδι, Μεγάλα Κέρδη και Αστραπιαία Δράση

Αν ψάχνετε για ένα μέρος όπου κάθε περιστροφή μοιάζει...

Chicken Road 2: Quick‑Hit Crash Gaming for Instant Wins

Chicken Road 2 invites players into a frantic crash‑style arcade...

Chicken Road : Action rapide pour des gains rapides en déplacement

Chicken Road est la dernière sensation crash‑style qui met...

SpellWin Casino – Mobile Slots & Quick Wins

SpellWin has carved a niche for players who crave...