MFD meriahkan program ‘1,000 pek Bubur Lambuk Muhibah’

Date:

PUCHONG – Meneruskan tradisi memasak dan menyediakan bubur lambuk ‘muhibah’menjadi antara kewajipan bagi Persatuan Pembangunan Masyarakat dan Alam Selangor (HANDS) sejak 1995.

Digelar ‘Bubur Lambuk Muhibah’ kerana ia boleh dimakan oleh semua kaum kerana ramuan dan bahan yang disediakan adalah bersesuaian.

Dr. Kannan Raman (dua dari kanan) menyampaikan pek bubur lambuk muhibah kepada wakil MFD di pekarangan Klinik Kesihatan Puchong Batu 14, Puchong, Selangor.

Jika sebelum ini mereka yang secara sukarela menyediakan bubur lambuk itu terdiri daripada kakitangan kerajaan dan swasta, tapi kali ia melibatkan penyertaan orang pekak dari Persekutuan Orang Pekak Malaysia (MFD).

Bermula 9 pagi dan berakhir  pukul 12.30 tengah hari, penyediaan bubur lambuk itu diadakan di pekarangan Klinik Kesihatan Puchong Batu 14 di sini.

Presiden HANDS,  Datuk Dr. Kannan Raman berkata, antara bahan yang digunakan untuk memasak bubur lambuk muhibah itu ialah ayam, lobak, bawang dan beberapa bahan lain.

“Kita menggunakan lebih 30 kilogram beras dan dimasak dalam dua periuk besar,” katanya ketika ditemui di sini.

Menurutnya, program memasak bubur lambuk muhibah itu sempena Ramadan dan Hari TB Sedunia serta mendapat kerjasama Panel Penasihat Klinik Kesihatan Kerajaan serta Klinik Kesihatan Puchong Batuk 14.

Kalangan sukarelawan bergotong-royong menyediakan bahan-bahan untuk bubur lambuk muhibah di Puchong, Selangor.

Menurutnya, bubur lambuk itu diedarkan kepada anggota polis, bomba, orang kurang upaya (OKU), penduduk setempat,  pelanggan di Klinik Kesihatan Puchong Batu 13 dan juga kakitangan kesihatan.

“Pihak kami berbangga apabila jumlah edaran bubur lambuk muhibah kali ini lebih banyak,” katanya,


Hamper yang mengandungi pelbagai barangan keperluan dapur diserahkan kepada penerima yang layak di Puchong, Selangor.

Dalam program yang sama, HANDS turut menyampaikan hamper mengandungi   beras, makanan kering  dan beberapa barangan  keperluan dapur lain.

Lebih 200 orang mendapat manfaat daripada hamper berkenaan.

Share post:

Subscribe

spot_imgspot_img

Popular

Artikel Berkaitan
Related

Vegasino Casino – Γρήγορο Παιχνίδι, Μεγάλα Κέρδη και Αστραπιαία Δράση

Αν ψάχνετε για ένα μέρος όπου κάθε περιστροφή μοιάζει...

Chicken Road 2: Quick‑Hit Crash Gaming for Instant Wins

Chicken Road 2 invites players into a frantic crash‑style arcade...

Chicken Road : Action rapide pour des gains rapides en déplacement

Chicken Road est la dernière sensation crash‑style qui met...

SpellWin Casino – Mobile Slots & Quick Wins

SpellWin has carved a niche for players who crave...