ASEAN Disability Forum Conference: Malaysia tuan rumah, Persekutuan Orang Pekak Malaysia penganjur

Date:

KUALA LUMPUR – Persekutuan Orang Pekak Malaysia (MFD) akan menganjurkan ASEAN Disability Forum Conference bermula 26 hingga 29 Oktober depan, bertempat di ibu negara.

Persidangan yang melibatkan wakil-wakil pelbagai komuniti itu adalah sempena penganjuran Sidang Kemuncak ASEAN ke-46 yang telah berlangsung pada Mei lalu.

Timbalan Pengerusi ASEAN Disability Forum (ADF) merangkap Pengarah Eksekutif MFD, Mohamad Sazali Shaari memberitahu, persiapan rapi sedang dibuat bagi menerima kehadiran wakil-wakil dari negara-negara ASEAN.

Mohamad Sazali Shaari , Pengarah Eksekutif MFD.

Beliau berkata, persidangan ADF itu amat penting bagi menentukan pembelaan terhadap orang kurang upaya (OKU) selain menentukan hala tuju memandangkan cabaran semasa yang dihadapi.

Menurutnya,  Malaysia sebagai tuan rumah dengan MFD sebagai penganjur merupakan satu penghormatan terbesar dan sudah pastikan MFD akan melakukan yang terbaik.

Di samping itu, jelas beliau,  beberapa kertas kerja, ceramah serta sesi soal jawab akan diadakan sepanjang  persidangan berlangsung.

“Persidangan ini antara lain bagi mencari persefahaman yang melibatkan golongan OKU dan menuntut hak kesamarataan serta keperluan seperti yang dimiliki masyarakat umum.

“ Ia juga bagi mewujudkan kerjasama selain bertukar-tukar maklumat mengenai percapaian OKU di negara masing-masing, di samping mengetengahkan keperluan semasa OKU melibatkan pendidikan, pekerjaan, kesihatan, kemudahan awam dan sebagainya,” katanya.

Dalam pada  itu, Mohamad Sazali berkata, persidangan tersebut yang turut melibatkan orang pekak, buta dan lain-lain kecacatan, akan mencari rumusan untuk diketengahkan kepada kerajaan negara masing-masing dalam memenuhi kehendak golongan OKU.

“Dijangkakan beberapa pemimpin negara Malaysia akan turut hadir pada persidangan berprestij ini sebagai tanda sokongan kepada ADF dan MFD,” katanya.

Share post:

Subscribe

spot_imgspot_img

Popular

Artikel Berkaitan
Related

40 orang pekak diraikan dalam program Ramadan anjuran Masjid Imam Ash-Shafie KotaSAS

KUANTAN – Masjid Imam Ash-Shafie KotaSAS (MIASK) di sini,...

MFD beri pendedahan bahasa isyarat kepada pelajar, guru Hua Xia International School

KUALA LUMPUR – Sebanyak 45 pelajar Hua Xia International...

Senator Isaiah D. Jacob berkunjung ke MFD

TURUN PADANG....Senator Isaiah D. Jacob meluangkan masa lebih satu...

Wanita  minta bantuan MFD belajar bahasa isyarat setelah hilang suara

KUALA  LUMPUR – Suatu ketika dahulu, sama ada di...