Epok: Kisah perjalanan hidup, suka-duka pemuda pekak, bisu

Date:

PERJALANAN HIDUP INSAN PEKAK…..Bermula 25 Julai ini, sebuah drama bersiri mengenai kisah perjalanan hidup, suka-duka seorang insan  pekak dan bisu akan disiarkan di kaca televisyen.

Epok, bakal menemui penonton di TV1 RTM setiap Jumaat, Sabtu dan Ahad, pukul 6.45 petang.

Epok mengisahkan seorang insan pekak dan bisu yang bekerja mengambil buah kelapa sambil dibantu teman setianya, Aton, iaitu monyet peliharaannya yang dibela setelah ditemui di tepi jalan.

Drama ini banyak memberi pengajaran bagaimana Epok menjalani kehidupan sehariannya.

Jangan lepaskan peluang mengikuti kisah Epok yang akan menyentuh hati serta jiwa setiap penonton yang mahu mengenali seorang insan pekak dan bisu yang pasti mempunyai impian tersendiri seperti juga masyarakat umum.

Share post:

Subscribe

spot_imgspot_img

Popular

Artikel Berkaitan
Related

‘Banyak perkara baharu saya pelajari dari MFD’ – Pelajar UKM

PUCHONG – Selama dua minggu dia menumpukan masa dan...

‘Kami keluarga pekak, gembira dapat tinggal sebumbung’

TUMPAT- Tiada apa yang lebih menggembirakan ibu bapa apabila...

Pasangan pekak  bertemu jodoh di gelanggang futsal

PASIR MAS – Siapa sangka, pada mulanya hanya menyertai...

Insan pekak Mohd. Fauzi miliki kemahiran  baiki peti sejuk, mesin basuh

TUMPAT - Lahir sebagai insan pekak dan sejak dari...