MFD anjur Run BIM 2025, rapatkan jurang orang pekak dengan masyarakat umum

Date:

KUALA LUMPUR – Persekutuan Orang Pekak Malaysia (MFD) akan menganjurkan larian ‘Run BIM 2025’ pada 28 September depan bertempat di Giant Bandar  Kinrara, Puchong dekat sini, bermula pukul 7 pagi.

Run BIM atau Larian Bahasa Isyarat Malaysia (BIM) sejauh lima kilometer  itu bertujuan mengumpulkan seberapa ramai komuniti pekak dari seluruh negara.

Melalui program itu masyarakat umum bukan sahaja dapat berinteraksi dengan orang pekak, malah memahami serta mengenali komuniti berkenaan.

Pengarah Eksekutif MFD, Mohamad Sazali Shaari memberitahu, program itu amat penting kerana melalui aktiviti riadah akan dapat merapatkan jurang antara warga pekak dengan orang ramai.

“Melalui program ini, MFD berharap masyarakat umum akan turut serta untuk mengenali serta berinteraksi dengan orang pekak,” katanya.

Jelasnya, larian itu juga terbuka kepada masyarakat umum dan beberapa aktiviti  sampingan turut diadakan yang dikendalikan oleh orang pekak.

MOHAMAD SAZALI SHAARI

 “Masyarakat umum boleh mempelajari bahasa isyarat dari orang pekak semasa program berlangsung.

“Warga pekak sangat senang berinteraksi dan memberi tunjuk ajar bahasa isyarat kepada masyarakat umum.

“Sempena program ini juga beberapa kios akan dibuka termasuk jualan barangan yang dihasilkan oleh warga pekak seperti buku poket bahasa isyarat,” katanya.

Mohamad Sazali berkata, penganjuran larian itu diharap dapat memupuk kerjasama serta persefahaman antara orang pekak dengan masyarakat umum.

Menurutnya, pada program tersebut, peserta juga akan diberikan medal serta baju ‘T’ khas selain peluang untuk meraih pelbagai hadiah dari cabutan bertuah seperti barangan elektrik dan sebagainya.

Kepada warga pekak dan ahli keluarga mereka serta masyarakat umum, mereka yang berminat menyertai larian tersebut boleh mengimbas kod QR yang tertera pada poster larian.

Selain itu, mana-mana pihak yang ingin menyumbang  tajaan terutama dengan kadar  melebihi RM500 akan diberikan resit pengecualian cukai.

Share post:

Subscribe

spot_imgspot_img

Popular

Artikel Berkaitan
Related

MFD catat sejarah negara, mengorak langkah perkenal portal e-pekak.com, bela nasib komuniti pekak

KUALA LUMPUR – Buat julung kalinya dan seterusnya mencatatkan...

Gelagat  kanak-kanak pekak menjadikan Sukaneka Taska dan Tadika Istika Jaya meriah, menyeronokkan

SUBANG -  Pelbagai ragam kanak-kanak pekak menjadi tumpuan ramai...

Pelajar-pelajar kejururawatan UTAR teruja peranan, tanggungjawab MFD

Oleh Nur Elisa Sasha dan Siti Norshuhaida TAMBAH ILMU…Bagi 18...