MFD, JAWI anjur Konvensyen Mahabbah OKU di Masjid At-Taqwa TTDI, 24 Ogos 2025

Date:

KUALA LUMPUR – Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) dengan kerjasama Persekutuan Orang Pekak Malaysia (MFD) akan menganjurkan konvensyen berkaitan halal dan sembelihan di Masjid At-Taqwa Taman Tun Dr. Ismail (TTDI) di sini pada 24 Ogos depan.

Apa yang menarik ialah konvensyen itu bakal melibatkan peserta pekak dan orang buta selain masyarakat umum.

Para peserta terbabit akan didedahkan mengenai konsep dan info halal selain menjalani cara-cara penyembelihan dengan syarat-syarat yang betul serta mengikut kehendak agama Islam.

Persetujuan mengadakan konvensyen itu dicapai setelah JAWI dan MFD mengadakan perbincangan di pejabat MFD, Puchong, Selangor.

Dalam perbincangan dua hala itu, JAWI diketuai Penolong Pengarah Unit OKU Bahagian Pengurusan Dakwah JAWI, Nur Solehah Shapiee manakala  MFD oleh Pengarah Eksekutifnya, Mohamad Sazali Shaari.

Turut hadir, Yang Dipertua Persatuan Orang Pekak Islam Malaysia (Prisma), Aqlam Jafri.

Sehubungan itu, komuniti pekak digalakkan menyertai konvensyen berkenaan bagi menambah ilmu selain memperolehi cara-cara penyembelihan yang betul.

Pada konvensyen itu, MFD akan menyediakan beberapa jurubahasa isyarat (JBI) bagi memastikan maklumat mengenai halal dan penyembelihan dapat disampaikan dengan tepat.

Malah, kehadiran JBI juga membolehkan warga pekak berinteraksi dengan kariah tempatan di masjid tersebut.

Sementara itu, JAWI akan menyediakan 100 ekor ayam bagi membolehkan para peserta melakukan penyembelihan.

Sempena konvensyen tersebut, MFD akan membuka lima buah kios yang melibatkan penjualan barangan seperti cenderamata, buku bahasa isyarat dan beberapa barangan lain.

Share post:

Subscribe

spot_imgspot_img

Popular

Artikel Berkaitan
Related

40 orang pekak diraikan dalam program Ramadan anjuran Masjid Imam Ash-Shafie KotaSAS

KUANTAN – Masjid Imam Ash-Shafie KotaSAS (MIASK) di sini,...

MFD beri pendedahan bahasa isyarat kepada pelajar, guru Hua Xia International School

KUALA LUMPUR – Sebanyak 45 pelajar Hua Xia International...

Senator Isaiah D. Jacob berkunjung ke MFD

TURUN PADANG....Senator Isaiah D. Jacob meluangkan masa lebih satu...

Wanita  minta bantuan MFD belajar bahasa isyarat setelah hilang suara

KUALA  LUMPUR – Suatu ketika dahulu, sama ada di...