Satu pertiga kematian di negara ini setiap tahun adalah akibat sakit jantung  – Pakar Jantung

Date:

KUALA LUMPUR –  Statistik mencatatkan bahawa lebih 200,000 kematian yang dicatatkan di negara ini setiap tahun dengan satu pertiga daripadanya adalah disebabkan penyakit jantung.

Jumlah kematian itu menunjukkan bahawa sakit jantung menjadi penyakit nombor satu negara, malah setiap tahun ia juga semakin meningkat.

Pendedahan ini dinyatakan oleh Pengasas dan Pakar Perunding Kanan Jabatan Kardiologi, Pusat Jantung Hospital Sultan Idris Shah, Serdang, Datuk Dr. Abd. Kahar Ghapar.

Beliau berkata demikian pada ceramah Serangan Jantung anjuran Persekutuan Orang Pekak Malaysia (MFD) di Kompleks Persatuan Orang Buta Malaysia (MAB), Brickfields di sini.

Sebanyak 95 warga pekak dengan dibantu oleh beberapa jurubahasa isyarat menyertai ceramah tersebut.

Turut hadir, Pengarah Eksekutif MFD, Mohamad Sazali Shaari.

Mohamad Sazali Shaari (kiri) menyampaikan cenderahati kepada Abd. Kahar Ghapar.

Menurut Abd. Kahar, jika satu ketika dahulu serangan jantung banyak melibatkan golongan berusia, namun kini keadaan sudah berubah kerana orang muda juga tidak terkecuali.

Jelasnya, orang muda berusia 20-an juga boleh mengalami serangan jantung.

Di samping itu, beliau memberitahu, antara faktor berlaku serangan jantung ialah stres atau tekanan selain akibat darah tinggi, kencing manis, kolesterol dan faktor-faktor sampingan lain.

Tambahnya, penyakit-penyakit tersebut berlaku antaranya disebabkan pemakanan.

“Kita jangan lupa, apabila seseorang itu mengalami sakit jantung, dia perlu mengambil ubat-ubatan sepanjang hayatnya tanpa henti.

“Malah, ubat-ubatan dan rawatan berkaitan dengan sakit jantung juga amat mahal,” katanya.

Sementara itu, beliau menasihatkan masyarakat umum termasuk warga pekak supaya sentiasa menjaga kesihatan dengan mengamalkan hidup sihat serta pemakanan seimbang.

Selain itu, sakit jantung juga terbahagi kepada beberapa kategori seperti lemah jantung, koronari, jantung berlubang, otot jantung  dan beberapa kategori lagi.

“Nasihat yang penting ialah sebelum terkena sakit jantung, jagalah kesihatan. Jika sudah terkena, rawatanya akan melibatkan banyak perbelanjaan dan sepanjang hayat,” katanya.

Share post:

Subscribe

spot_imgspot_img

Popular

Artikel Berkaitan
Related

40 orang pekak diraikan dalam program Ramadan anjuran Masjid Imam Ash-Shafie KotaSAS

KUANTAN – Masjid Imam Ash-Shafie KotaSAS (MIASK) di sini,...

MFD beri pendedahan bahasa isyarat kepada pelajar, guru Hua Xia International School

KUALA LUMPUR – Sebanyak 45 pelajar Hua Xia International...

Senator Isaiah D. Jacob berkunjung ke MFD

TURUN PADANG....Senator Isaiah D. Jacob meluangkan masa lebih satu...

Wanita  minta bantuan MFD belajar bahasa isyarat setelah hilang suara

KUALA  LUMPUR – Suatu ketika dahulu, sama ada di...