‘Seronok belajar bahasa isyarat, sekarang kami bangga dapat berinteraksi dengan orang pekak, terima kasih MFD’

Date:

Oleh Nur Elisa Sasha dan Siti Norshuhaida 

KUALA LUMPUR – Pertama kali belajar bahasa isyarat, bermacam-macam berlegar dalam fikiran. 

Adakah kelas bahasa isyarat membosankan? Apa faedah yang diperolehi? Mungkinkah ia membosankan?

Namun, semuanya terjawab apabila kelas bahasa isyarat itu bermula. Menyeronokkan, menghiburkan dan satu pengalaman serta ilmu baharu.

Itulah yang dilalui oleh 50 peserta kelas bahasa isyarat yang dianjurkan oleh Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (FELDA) dengan kerjasama Persekutuan Orang Pekak Malaysia (MFD) di Pusat Dagangan dan Pameran Antarabangsa Malaysia (MITEC) di sini.

Kalangan peserta terbabit melibatkan anak-anak FELDA dan juga para pelajar sekolah serta pelajar pusat pengajian tinggi. 

Tenaga pengajar MFD (kiri) mengendalikan kelas bahasa isyarat anjuran FELDA dengan kerjasama MFD di MITEC, Kuala Lumpur.

Seorang pelajar Kolej Yayasan FELDA Pahang, Hazirah Aqilah Mohd Khalil Jauhari, 19, berkata, sangat menyeronokkan apabila dapat belajar bahasa isyarat. 

HAZIRAH AQILAH MOHD KHALIL JAUHARI

Menurutnya, dia tidak pernah terfikir bahawa bahasa isyarat begitu penting untuk berkomunikasi dengan komuniti pekak. 

“Pada mulanya saya terfikir kelas bahasa isyarat ini membosankan. 

“Tapi ia begitu bermanfaat serta dapat menambah ilmu terutama bagi saya sebagai seorang pelajar,” katanya.

Sementara itu, pelajar Universiti Malaysia Terengganu (UMT), Intan Nur Natasya Ahmad Rizaudin, 23, berkata, dengan ilmu bahasa isyarat masyarakat umum bukan sahaja dapat berinteraksi dengan komuniti pekak, malah golongan terbabit tidak lagi rasa terpinggir.

INTAN NUR NATASYA AHMAD RIZAUDIN

Katanya, walaupun untuk mahir bahasa isyarat mengambil masa agak lama, namun kemahiran dari kelas yang diadakan itu sedikit sebanyak dapat digunakan untuk berinteraksi dengan orang pekak.

“Saya dapat belajar isyarat abjad dan lain-lain.

“Saya akan cuba mahirkan lagi apa yang dipelajari agar dapat berkomunikasi dengan orang pekak.” katanya.

Share post:

Subscribe

spot_imgspot_img

Popular

Artikel Berkaitan
Related

Kakitangan MFD jadi tetamu khas, melawat kilang Ajinomoto (M) Berhad di Bandar Baru Enstek

SEREMBAN – Beberapa kakitangan Persekutuan Orang Pekak Malaysia (MFD)...

Pembukaan restoran nasi kadar di Bandar Puteri meriah, ahli-ahli Persekutuan Orang Pekak Malaysia (MFD) turut hadir

MENYELERAKAN...Itulah reaksi setiap tetamu yang hadir pada majlis pembukaan...

Kelas Bahasa Isyarat:  Kolaborasi MFD – Steelcase Manufacturing (M) Sdn. Bhd diteruskan

PUCHONG – Dari satu sesi ke sesi berikutnya, kakitangan...

Kakitangan  PERKESO terus pilih MFD belajar bahasa isyarat, kini memasuki tahap 2

KUALA LUMPUR – Bermula dengan kelas bahasa isyarat tahap...