Gelagat  kanak-kanak pekak menjadikan Sukaneka Taska dan Tadika Istika Jaya meriah, menyeronokkan

Date:

SUBANG –  Pelbagai ragam kanak-kanak pekak menjadi tumpuan ramai termasuk ibu bapa mereka ketika berlangsungnya Sukaneka Taska dan Tadika Istika Jaya di Dewan Serbaguna Majlis Bandaraya Subang Jaya (MBSJ), Bandar Kinrara 5 di sini.

Apa tidaknya, sepanjang sukaneka itu, kanak-kanak berkenaan dengan pelbagai gelagat masing-masing begitu menghiburkan sambil diiringi oleh guru-guru dan pengasuh mereka.

Turut terhibur ialah Ahli Parlimen Subang, Wong Chen yang merasmikan sukaneka berkenaan yang dihadiri lebih 150 orang.

Hadir sama, Pengarah Eksekutif Persekutuan Orang Pekak Malaysia (MFD), Mohamad Sazali Shaari; Presiden MFD, Mohd. Norhisham Aluwi; wakil MBSJ dan wakil Jabatan Pendidikan Negeri Selangor.

Mohamad Sazali Shaari (duduk, tengah) bergambar bersama kanak-kanak pekak dan ibu bapa mereka di Puchong, Selangor.

Beberapa acara yang diadakan telah menggembirakan kanak-kanak berkenaan.

Di samping itu, acara-acara untuk pelajar-pelajar transit dan pelajar luar juga diadakan, selain acara yang melibatkan ibu bapa.

Pada program berkenaan, Wong Chen turut bersama kanak-kanak pekak, pelajar transit dan ibu bapa menyertai senamrobik.

Wong Chen bersama ibu bapa kanak-kanak pekak menyertai senamrobik pada program Sukaneka Taska dan Tadika Istika Jaya di Puchong, Selangor.

Wong Chen ketika berucap merasmikan program berkenaan berkata, pengajuran aktiviti sedemikian amat baik dan berfaedah sebagai menghargai kanak-kanak pekak.

“Teruskan usaha-usaha murni seperti ini.

“Jangan sekali-kali sisihkan mereka,” katanya.

Sementara itu, Mohd. Norhisham ketika berucap memberitahu, program tersebut yang turut melibatkan penyertaan ibu bapa dapat merapatkan silaturahim kekeluargaan serta kerjasama dengan MFD.

Perbarisan Sukaneka Taska dan Tadika Istika Jaya di Puchong, Selangor.

“MFD amat menghargai penyertaan ibu bapa dalam program ini kerana ia membuktikan sebagai ibu bapa mereka tidak pernah mengabaikan tanggungjawab terhadap anak-anak,” katanya.

Share post:

Subscribe

spot_imgspot_img

Popular

Artikel Berkaitan
Related

‘KindRED Showcase’ anjuran Fakulti Komunikasi dan Pengajian Media UiTM dengan kerjasama MFD dapat sambutan ramai

SHAH ALAM - Program ‘The KindRED Showcase’  anjuran Fakulti...

29 peserta belajar bahasa isyarat dari MFD demi menyelami kehidupan komuniti pekak

KUALA LUMPUR – Menyedari bahawa orang pekak juga sebahagian...

Tahun 2026: MFD mengorak langkah realisasikan penerbitan buku BIM Kesihatan

PUCHONG – Pembuka tirai tahun 2026, menyaksikan Persekutuan Orang...

10 pelajar perubatan University Of Cyberjaya belajar bahasa isyarat di  MFD

KUALA LUMPUR - Bagi kalangan pelajar-pelajar perubatan University Of...