Kanak-kanak Taska, Tadika Istika Jaya ceria bertemu Didi & Friends

Date:

KUALA LUMPUR – Siri televisyen siaran Astro, Didi & Friends sentiasa menjadi perhatian ramai terutama golongan kanak-kanak dan ibu bapa.

Program televisyen tersebut bukan sahaja dapat mendidik kanak-kanak dalam pembelajaran dan imiginasi, malah sentiasa memupuk semangat persahabatan.

Sudah pasti kehadiran maskot Didi & Friends dalam sesuatu majlis sentiasa dinanti-nantikan oleh golongan kanak-kanak.

Kanak-kanak Istika Jaya bersama pentugas MFD merakamkan gambar bersama maskot Didi & Friends.

Sehubungan itu, Astro dengan kerjasama Persekutuan Orang Pekak Malaysia (MFD), Persatuan Orang Buta Malaysia (MAB) dan beberapa pihak lain, telah mengadakan program Didi & Friends: Storytime di pejabat MAB, Brickfields di sini.

Turut hadir meluangkan masa menyantuni hadirin pada program berkenaan ialah Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Nancy Shukri.

Menteri berkenaan meluangkan masa bersama anak-anak ahli keluarga MAB dan kanak-kanak Istika Jaya, kelolaan MFD.

Kanak-kanak Istika Jaya bersama petugas MFD menyanyikan lagu Negaraku menggunakan bahasa isyarat.

Program itu juga adalah sempena pelancaran buku audio Didi & Friends: Storytime!

Didi & Friends Malaysia: Storytime! anjuran Astro Arena direka khas untuk kanak-kanak OKU penglihatan yang belajar dan berimaginasi melalui bunyi manakala penambahan elemen Bahasa Isyarat Malaysia (BIM) memberi peluang kepada kanak-kanak pekak untuk memahami jalan cerita.

Sesi bercerita siri Didi & Friends dan diterjemahkan melalui bahasa isyarat.

Pada program berkenaan, kanak-kanak Istika Jaya bersama hadirin turut menyanyikan lagu Negaraku menggunakan bahasa isyarat dan lagu Kalau Rasa Gembira.

Pada akhir program, kanak-kanak yang hadir berpeluang bergambar bersama maskot Didi & Friends.

Share post:

Subscribe

spot_imgspot_img

Popular

Artikel Berkaitan
Related

Kakitangan MFD jadi tetamu khas, melawat kilang Ajinomoto (M) Berhad di Bandar Baru Enstek

SEREMBAN – Beberapa kakitangan Persekutuan Orang Pekak Malaysia (MFD)...

Pembukaan restoran nasi kadar di Bandar Puteri meriah, ahli-ahli Persekutuan Orang Pekak Malaysia (MFD) turut hadir

MENYELERAKAN...Itulah reaksi setiap tetamu yang hadir pada majlis pembukaan...

Kelas Bahasa Isyarat:  Kolaborasi MFD – Steelcase Manufacturing (M) Sdn. Bhd diteruskan

PUCHONG – Dari satu sesi ke sesi berikutnya, kakitangan...

Kakitangan  PERKESO terus pilih MFD belajar bahasa isyarat, kini memasuki tahap 2

KUALA LUMPUR – Bermula dengan kelas bahasa isyarat tahap...