Ahli-ahli Legacy Club dari Petronas teruja belajar bahasa isyarat, santuni kanak-kanak pekak taska kelolaan MFD

Date:

KUALA LUMPUR – Sebanyak 23 ahli Legacy Club dari Petronas menyertai kelas bahasa isyarat  dan seterusnya menggunakan pengetahuan tersebut untuk menyantuni kanak-kanak pekak dari taska dan tadika Istika Jaya di bawah kelolaan Persekutuan Orang Pekak Malaysia (MFD).

Program berbentuk pendidikan dan menambah ilmu itu diadakan di pejabat MFD di Puchong dekat sini.

Nur Syazwana Abdul Aziz (dua dari kanan) menyampaikan untuk MFD kepada Mohamad Sazali Shaari (dua dari kiri) di pejabat MFD, Puchong, Selangor.

Pada sesi kelas bahasa isyarat, ahli-ahli Legacy Club yang juga merupakan kakitangan Petronas bahagian undang-undang, mendapat pendedahan awal mengenai bahasa isyarat yang dikendalikan oleh tenaga pengajar MFD.

Legacy Club turut memberi sumbangan kepada  MFD yang disampaikan oleh Presiden Legacy Club, Group Legal, Petronas, Nur Syazwana Abdul Aziz kepada Pengarah Eksekutif MFD, Mohamad Sazali Shaari.

Ahli-ahli Legacy Club teruja mengikuti kelas bahasa isyarat di MFD.

Ahli-ahli kelab tersebut kemudian berinteraksi dengan kanak-kanak pekak Istika Jaya menggunakan bahasa isyarat termasuk mengikuti aktiviti mewarna.

Sementera itu, Nur Syazwana ketika berucap berkata, langkah ahli-ahli kelab itu belajar bahasa isyarat antara lain untuk mengenali budaya kehidupan komuniti pekak.

Sebahagian ahli Legacy Club berinteraksi dengan kanak-kanak pekak sambil mengikuti aktiviti mewarna.

Jelasnya,  melalui cara itu, masyarakat umum akan lebih memahami selain dapat berinteraksi serta mewujudkan sikap saling hormat-menghormati.

“Melalui cara ini masyarakat umum akan lebih menghormati golongan orang kurang upaya termasuk komuniti pekak,” Katanya.

Share post:

Subscribe

spot_imgspot_img

Popular

Artikel Berkaitan
Related

40 orang pekak diraikan dalam program Ramadan anjuran Masjid Imam Ash-Shafie KotaSAS

KUANTAN – Masjid Imam Ash-Shafie KotaSAS (MIASK) di sini,...

MFD beri pendedahan bahasa isyarat kepada pelajar, guru Hua Xia International School

KUALA LUMPUR – Sebanyak 45 pelajar Hua Xia International...

Senator Isaiah D. Jacob berkunjung ke MFD

TURUN PADANG....Senator Isaiah D. Jacob meluangkan masa lebih satu...

Wanita  minta bantuan MFD belajar bahasa isyarat setelah hilang suara

KUALA  LUMPUR – Suatu ketika dahulu, sama ada di...