RUN BIM 2025: Debaran menanti 28 September, cabutan bertuah, bertemu artis jadi tumpuan

Date:

KUALA LUMPUR – Larian kelolaan Persekutuan Orang Pekak Malaysia (MFD) atau RUN BIM (Bahasa Isyarat Malaysia) di Giant Bandar Kinrara, Puchong dekat sini pada 28 September depan, semakin menghampiri kemuncak.

Apa tidaknya, kira-kira 1,000 peserta telah mendaftarkan diri menyertai acara berprestij itu.

Kalangan orang pekak dari seluruh negara dan masyarakat umum kini tertumpu kepada larian berkenaan dengan pelbagai persiapan dilakukan selain pertanyaan demi pertanyaan terutama mengenai hadiah-hadiah cabutan bertuah.

Tidak kurang juga ada kalangan peserta mula bertanyakan kehadiran beberapa orang artis yang menjadi pelakon filem Badak, sebuah karya mengenai perjalanan kehidupan insan pekak.

Filem Badak bakal menemui penonton di pawagam-pawagam dalam masa terdekat ini.

Selain cabutan bertuah menjadi tumpuan, peserta larian santai lima kilometer itu juga mula bertanyakan  peluang untuk berinteraksi dengan para pelakon filem Badak.

Kalangan peserta yang menyertai RUN BIM 2025 itu termasuk dari negeri-negeri luar Lembah Klang, seperti Kelantan, Johor dan sebagainya.

Selain menerima medal, peserta dan orang ramai juga boleh mendapatkan pelbagai barangan di beberapa buah ‘booth’ termasuk ‘booth’ MFD yang menawarkan buku-buku bahasa isyarat.

Share post:

Subscribe

spot_imgspot_img

Popular

Artikel Berkaitan
Related