BIM RUN 2025: Bahang debaran kian terasa, MFD giat buat persiapan terakhir

Date:

TINJAUAN  di pejabat Persekutuan Orang Pekak Malaysia (MFD) di Puchong, Selangor, mendapati setiap kakitangan persekutuan itu sibuk dengan tugasan masing-masing.

Kesibukan itu memperlihatkan setiap kakitangan MFD ‘tidak menang tangan’.

Pelbagai tugasan dijalankan bagi memastikan BIM RUN 2025 (Larian Bahasa Isyarat Malaysia 2025) itu yang bertempat di Giant Bandar  Kinrara, Puchong pada 28 September ini, berjalan lancar.

Apa tidaknya, kakitangan MFD terbabit bersiap sedia bagi menguruskan lebih 1,000 peserta yang melibatkan larian santai sejauh lima kilometer.

Persiapan juga dibuat bagi menguruskan cabutan bertuah yang menjadi sasaran setiap peserta dengan menawarkan pelbagai hadiah menarik termasuk barangan elektrik.

Sehubungan itu, 28 September 2025 bakal memperlihatkan larian perpaduan melibatkan komuniti pekak, orang kurang upaya (OKU) lain-lain kategori dan masyarakat umum.

BIM RUN 2025 bukan sahaja akan mencatatkan sejarah gemilang bagi MFD dan negara, malah menjadi platform bagi membuktikan kesungguhan komuniti pekak dalam pembangunan masyarakat Malaysia.

Share post:

Subscribe

spot_imgspot_img

Popular

Artikel Berkaitan
Related

40 orang pekak diraikan dalam program Ramadan anjuran Masjid Imam Ash-Shafie KotaSAS

KUANTAN – Masjid Imam Ash-Shafie KotaSAS (MIASK) di sini,...

MFD beri pendedahan bahasa isyarat kepada pelajar, guru Hua Xia International School

KUALA LUMPUR – Sebanyak 45 pelajar Hua Xia International...

Senator Isaiah D. Jacob berkunjung ke MFD

TURUN PADANG....Senator Isaiah D. Jacob meluangkan masa lebih satu...

Wanita  minta bantuan MFD belajar bahasa isyarat setelah hilang suara

KUALA  LUMPUR – Suatu ketika dahulu, sama ada di...