PENYERTAAN LEBIH 1,000 PESERTA, BIM RUN HARUS DITERUSKAN, JADIKAN ACARA TAHUNAN PERINGKAT KEBANGSAAN – SENATOR ISAIAH

Date:

PUCHONG – Dengan penyertaan lebih 1,000 orang, BIM RUN 2025 bukan sahaja disertai komuniti pekak, orang kurang upaya (OKU) lain-lain kategori dan masyarakat umum, malah ia membuktikan acara kelolaan Persekutuan Orang Pekak Malaysia (MFD) itu berjaya mencapai matlamat serta sasaran.

Sehubungan itu, Ahli Dewan Negara, Isaiah D. Jacob yang merasmikan BIM (Bahasa Isyarat Malaysia) RUN 2025, mengesyorkan agar acara itu dijadikan program tahunan peringkat kebangsaan.

Isaiah D. Jacob dan Mohd. Norhisham Aluwi melepaskan para peserta larian.

“Penyertaan lebih 1,000 orang dengan pelbagai komuniti, pekak, buta, berkerusi roda, OKU lain-lain kategori dan masyarakat umum, membuktikan acara ini perlu diteruskan.

“Ia perlu dijadikan acara tahunan dan juga di peringkat kebangsaan,” katanya ketika berucap.

Sebahagian peserta mengambil kesempatan bergambar bersama Isaiah D. Jacob dan Mohd. Norhisham Aluwi selepas selesai BIM RUN 2025.

BIM RUN 2025 diadakan di Giant Bandar Kinrara dan turut dihadiri Presiden MFD, Mohd. Norhisham Aluwi dan Pengarah Eksekutif MFD, Mohamad Sazali Shaari serta wakil-wakil penaja.

Isaiah menambah, ia merupakan cabaran kepada MFD untuk meneruskan acara larian itu dengan sasaran peserta yang lebih ramai.

“Semua komuniti, pekak, buta, OKU lain-lain kategori, masyarakat umum hendaklah menjadikan BIM RUN acara perpaduan.  Ini akan mewujudkan hubungan baik serta saling memahami,” katanya sambil melahirkan rasa gembira.

Isaiah D.  Jacob ketika berucap sambil ditemani oleh Mohd. Norhisham Aluwi (kiri).

Pada BIM RUN 2025, Isaiah, Mohd. Norhisham dan wakil-wakil penaja turut melepaskan peserta larian santai sejauh lima kilometer itu.

Malah,  Isaiah dan Norhisham turut sama berlari dengan para peserta lain.

Sementara itu, Mohd. Norhisham ketika berucap, melahirkan rasa gembira dan mengucapkan terima kasih kepada semua pihak.

Seorang peserta pekak yang berjaya menjadi pelari pertama tiba di garisan penamat.

Beliau berkata, acara larian perpaduan itu dapat mewujudkan kerjasama dan pemahaman antara komuniti pekak dan masyarakat umum.

BIM RUN 2025 yang mencatat sejarah diadakan sempena Bulan Kesedaran Orang Pekak pada September ini selain memberi penekanan kepentingan bahasa isyarat sebagai alat komunikasi melibatkan komuniti pekak dan masyarakat umum.

BIM RUN 2025 juga mendapat kerjasama dari kerajaan negeri Selangor, Polis Diraja Malaysia (PDRM), Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Majlis Bandaraya Subang Jaya (MBSJ) dan Howei yang banyak menganjurkan pelbagai acara larian.

Mohd. Norhisham Aluwi (tiga dari kanan) menyampaikan sijil penghargaan kepada beberapa pihak yang terlibat.

Pelbagai pihak turut memberi sumbangan serta tajaan termasuk  EXIM Bank, Maybank, Takaful, Grab, Starbucks, 99 Speedmart, Prasarana dan beberapa entiti lain.

Pada BIM RUN 2025, turut menjadi tumpuan ialah kehadiran para pelakon filem Badak. Filem tersebut berkisar mengenai perjalanan hidup seorang bapa pekak.

Antara pelakon yang hadir ialah Shaheizy Sam, Aida Amron, Wan Hanafi Su, dan Kahoe Hon.

Share post:

Subscribe

spot_imgspot_img

Popular

Artikel Berkaitan
Related

‘KindRED Showcase’ anjuran Fakulti Komunikasi dan Pengajian Media UiTM dengan kerjasama MFD dapat sambutan ramai

SHAH ALAM - Program ‘The KindRED Showcase’  anjuran Fakulti...

29 peserta belajar bahasa isyarat dari MFD demi menyelami kehidupan komuniti pekak

KUALA LUMPUR – Menyedari bahawa orang pekak juga sebahagian...

Tahun 2026: MFD mengorak langkah realisasikan penerbitan buku BIM Kesihatan

PUCHONG – Pembuka tirai tahun 2026, menyaksikan Persekutuan Orang...

10 pelajar perubatan University Of Cyberjaya belajar bahasa isyarat di  MFD

KUALA LUMPUR - Bagi kalangan pelajar-pelajar perubatan University Of...