Nyanyian Negaraku guna bahasa isyarat oleh kanak-kanak Taska Istika Jaya curi tumpuan ramai di Hari Farmasi Sedunia Peringkat Kebangsaan 2025

Date:

PUTRAJAYA – Sembilan orang kanak-kanak  pekak  berjaya mencuri tumpuan ramai pada sambutan Hari Farmasi Sedunia peringkat kebangsaan di Kementerian Kesihatan di sini.

Kanak-kanak  Taska Istika Jaya di bawah kelolaan Persekutuan Orang Pekak Malaysia (MFD) itu menjadi tumpuan apabila mereka menyanyikan lagu Negaraku yang diterjemahkan melalui bahasa isyarat.

Tetamu yang hadir pada majlis yang bertemakan ‘Think Health, Think Pharmacist’ termasuk Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr. Dzulkefly Ahmad, teruja dengan keupayaan kanak-kanak tersebut.

Lebih menarik, apabila kanak-kanak berkenaan menggenakan pakaian tradisional rakyat Malaysia yang mencerminkan keharmonian pelbagai kaum.

Kanak-kanak pekak menyanyikan lagu Negaraku menggunakan bahasa isyarat yang berjaya mencuri tumpuan ramai.

Pada majlis berkenaan, Dzulkefly turut merasmikan program Santuni Orang Kurang Upaya (OKU): Kenali Ubat Anda, yang secara langsung memperlihatkan kehadiran  orang pekak, buta, OKU lain-lain fizikal dan masyarakat umum.

Sementara itu, Dzulkefly ketika berucap mengingatkan setiap kakitangan farmasi sama ada di sektor awam atau swasta, mengenai peranan mereka yang semakin meluas tanpa had sempadan.

Menurutnya,  kerajaan sentiasa menghargai serta mengiktraf peranan kakitangan farmasi di seluruh negara yang kini berjumlah lebih 26,000 orang.

Dzulkefly Ahmad bergambar bersama sebahagian hadirin di Kementerian Kesihatan, Putrajaya.

“Peranan kakitangan farmasi kini meliputi semua komuniti termasuk golongan OKU.

“Ini membuktikan bahawa kakitangan farmasi sentiasa membantu serta menyantuni komuniti OKU,” katanya.

Turut hadir, Ketua Setiausaha kementerian berkenaan, Datuk Seri Suriani Ahmad dan Timbalan Ketua Pengarah Kesihatan (Perkhidmatan Farmasi), Dr. Azuana Ramli.

Share post:

Subscribe

spot_imgspot_img

Popular

Artikel Berkaitan
Related

40 orang pekak diraikan dalam program Ramadan anjuran Masjid Imam Ash-Shafie KotaSAS

KUANTAN – Masjid Imam Ash-Shafie KotaSAS (MIASK) di sini,...

MFD beri pendedahan bahasa isyarat kepada pelajar, guru Hua Xia International School

KUALA LUMPUR – Sebanyak 45 pelajar Hua Xia International...

Senator Isaiah D. Jacob berkunjung ke MFD

TURUN PADANG....Senator Isaiah D. Jacob meluangkan masa lebih satu...

Wanita  minta bantuan MFD belajar bahasa isyarat setelah hilang suara

KUALA  LUMPUR – Suatu ketika dahulu, sama ada di...