Kelas Bahasa Isyarat:  Kolaborasi MFD – Steelcase Manufacturing (M) Sdn. Bhd diteruskan

Date:

PUCHONG – Dari satu sesi ke sesi berikutnya, kakitangan Steelcase Manufacturing (M) Sdn. Bhd. di sini, terus diterapkan dengan kemahiran bahasa isyarat yang dikendalikan oleh Persekutuan Orang Pekak Malaysia (MFD).

Kerjasama untuk menerapkan kemahiran bahasa isyarat itu telah bermula sejak 2022.

Langkah Steelcase Manufacturing (M) Sdn. Bhd. itu antara lain atas faktor memberi pendedahan kepada kakitangannya agar memahami budaya dan kehidupan orang pekak.

Kakitangan Steelcase Manufacturing termasuk kakitangan pekak syarikat itu berbincang untuk menyiapkan tugasan yang diberi untuk pembentangan pada kelas bahasa isyarat di Puchong, Selangor.

Dengan kata lain, Steelcase Manufacturing mahu kakitangannya sentiasa berinteraksi dengan komuniti pekak.

Syarikat pengeluar perabot bertaraf antarabangsa itu melihat keperluan menggunakan bahasa isyarat  amat penting memandangkan Steelcase Manufacturing sendiri mempunyai beberapa orang kakitangan dari kategori pekak.

Yang terbaharu, sebanyak 29 kakitangan Steelcase Manufacturing menyertai kelas bahasa isyarat sebagai lanjutan daripada kelas-kelas sebelum ini.

Sesi pembentangan tugasan menggunakan bahasa isyarat oleh kakitangan Steelcase Manufacturing di Puchong, Selangor.

Lebih menarik, peserta kelas tersebut melibatkan kakitangan umum dan juga kakitangan pekak.

Penyertaan dalam kelas tersebut memperlihatkan terjalin kerjasama dan interaksi kakitangan umum dengan kakitangan pekak.

Malah, penglibatan kakitangan pekak juga membuktikan bahawa mereka juga mahu belajar cara-cara berinteraksi menggunakan bahasa isyarat yang betul serta tepat.

Atas faktor ini, kepercayaan menggunakan bahasa isyarat yang betul memerlukan penglibatan MFD.

Share post:

Subscribe

spot_imgspot_img

Popular

Artikel Berkaitan
Related

40 orang pekak diraikan dalam program Ramadan anjuran Masjid Imam Ash-Shafie KotaSAS

KUANTAN – Masjid Imam Ash-Shafie KotaSAS (MIASK) di sini,...

MFD beri pendedahan bahasa isyarat kepada pelajar, guru Hua Xia International School

KUALA LUMPUR – Sebanyak 45 pelajar Hua Xia International...

Senator Isaiah D. Jacob berkunjung ke MFD

TURUN PADANG....Senator Isaiah D. Jacob meluangkan masa lebih satu...

Wanita  minta bantuan MFD belajar bahasa isyarat setelah hilang suara

KUALA  LUMPUR – Suatu ketika dahulu, sama ada di...