Ceramah Kasih Keibubapaan Digital beri kesedaran mendalam kepada keluarga orang pekak, elak penipuan ‘scammer’

Date:

PUCHONG  – Lebih 40 orang dari kalangan orang pekak hadir pada ceramah ‘Kasih Keibubapaan Digital’ di pejabat Persekutuan Orang Pekak Malaysia (MFD) di sini.

Ceramah disampaikan oleh Pegawai Penerangan Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga Negara (LPPKN), Khuzailah Affandi itu bagi memberi kesedaran kepada ibu bapa pekak mengenai pentingnya pengawalan serta pemantauan  terhadap aktiviti anak-anak terutama dalam penggunaan gajet dan media sosial.

Turut hadir, Presiden Persatuan Ibu Bapa dan Penjaga Anak-anak Pekak Kuala Lumpur, Mohafaizal Mohammad.

Menurut Khuzailah, terdapat kes-kes di mana anak-anak terjebak atau ditipu oleh ‘scammer’ menyebabkan mereka diugut hingga terpaksa membayar ribuan ringgit.

Khuzailah Affandi (kanan) menyampaikan ceramah kepada kalangan ibu bapa pekak di pejabat Persekutuan Orang Pekak Malaysia (MFD), Puchong, Selangor.

“Kerana takut, dalam diam-diam mereka membayar kepada ‘scammer’ ribuan ringgit tanpa pengetahuan ibu bapa.

“Selalunya, penipuan ini hanya disedari setelah wang dibayar,” katanya.

Selain itu, beliau juga mengingatkan ibu bapa dan anak-anak agar jangan mudah berkongsi data atau maklumat peribadi mahupun akaun bank.

Menurutnya, ada kes-kes di mana orang ramai membenarkan akaun bank  diguna oleh pihak ketiga semata-mata mendapat bayaran komisen.

“Tanpa disedari, akaun mereka dijadikan ‘Keldai Akaun’ untuk transaksi  wang dari pendapatan yang tidak sah.

“Pihak bank akan memaklumkan transaksi itu kepada pihak berkuasa yang kemudian mengambil tindakan terhadap pemilik akaun. Dengan kata lain, pemilik akaun boleh dituduh bersubahat dengan pihak tidak bertanggungjawab,” katanya.

Di samping itu, katanya, ibu bapa juga harus bersikap tegas terhadap anak-anak terutama apabila anak-anak kerap menggunakan gajet sebelum tidur.

Mohafaizal Mohammad menyampaikan sijil penghargaan kepada Khuzailah Affandi (kiri) di Puchong, Selangor.

“Dalam hal ini, ibu bapa perlu tegas agar anak-anak dipisahkan dari gajet apabila tiba waktu tidur,” katanya.

Sementara itu, Mohafaizal berharap dari ceramah tersebut, akan timbul kesedaran dalam kalangan ibu bapa untuk memantau segala aktiviti anak-anak.

“Ini adalah penting bagi mengelak anak-anak terjebak dengan perbuatan ‘scammer’,” katanya.

Share post:

Subscribe

spot_imgspot_img

Popular

Artikel Berkaitan
Related

‘KindRED Showcase’ anjuran Fakulti Komunikasi dan Pengajian Media UiTM dengan kerjasama MFD dapat sambutan ramai

SHAH ALAM - Program ‘The KindRED Showcase’  anjuran Fakulti...

29 peserta belajar bahasa isyarat dari MFD demi menyelami kehidupan komuniti pekak

KUALA LUMPUR – Menyedari bahawa orang pekak juga sebahagian...

Tahun 2026: MFD mengorak langkah realisasikan penerbitan buku BIM Kesihatan

PUCHONG – Pembuka tirai tahun 2026, menyaksikan Persekutuan Orang...

10 pelajar perubatan University Of Cyberjaya belajar bahasa isyarat di  MFD

KUALA LUMPUR - Bagi kalangan pelajar-pelajar perubatan University Of...