Keletah kanak-kanak pekak Taska dan Tadika Istika Jaya pada majlis graduasi  menghiburkan suasana

Date:

PUCHONG – Jika graduasi di universiti-universti tempatan sering dinanti-nantikan oleh ramai pelajar, begitu juga graduasi kanak-kanak taska dan tadika.

Jika pelajar universiti berpeluang memakai jubah serta topi graduasi, kanak-kanak taska dan tadika juga mempunyai peluang yang sama.

Namun, graduasi kalangan kanak-kanak pekak taska dan tadika lebih menghiburkan kerana keletah sepanjang program berlangsung.

Dengan jubah yang dibuat khas serta topi graduasi yang kecil, pasti mencuri tumpuan hadirin terutama kalangan ibu bapa serta tenaga pengajar dan pengasuh mereka.

Tambahan pula gelagat serta ragam yang ditunjukkan kanak-kanak tersebut berjaya mencuri tumpuan ramai.

MENARIK….Dengan jubah dan topi graduasi yang dipamerkan oleh kanak-kanak pekak.

Ini kerana bukan sahaja ibu bapa perlu mengawal keletah kanak-kanak tersebut, malah dibantu pengasuh serta tenaga pengajar kanak-kanak berkenaan.

Inilah yang berlaku pada majlis graduasi kanak-kanak pekak Taska dan Tadika Istika Jaya di dewan pejabat Persekutuan Orang Pekak Malaysia (MFD) di sini.

Ia melibatkan graduasi tiga kanak-kanak Taska Istika Jaya dan  lapan kanak-kanak Tadika Istika Jaya.

Turut memeriahkan serta mencuri tumpuan pada majlis tersebut ialah penyertaan pelajar-pelajar transit Istika Jaya dengan pelbagai pakaian tradisional.

Pada majlis tersebut, kanak-kanak tersebut menerima sijil graduasi mereka dan yang menariknya setiap sijil tertera gambar mereka yang lengkap berjubah dan bertopi graduasi.

Sebahagian tetamu yang hadir merakamkan gambar pada majlis graduasi kanak-kanak pekak Taska dan Tadika Istika Jaya di Puchong, Selangor.

Majlis graduasi itu merupakan acara tahunan anjuran Istika Jaya dan MFD serta sering dinanti-nantikan setiap penghujung tahun.

Pada majlis graduasi itu yang juga sempena sambutan Hari Deepavali, hadir sama ialah Pengarah Eksekutif MFD, Mohamad Sazali Shaari.

Turut hadir wakil dari pejabat Ahli Parlimen Subang, Wong Chen; Presiden Persatuan Orang Pekak Islam Malaysia (PRISMA) Aqlam Jafri yang juga mewakili presiden MFD serta wakil kementerian terbabit dan agensi-agensi berkaitan.

Hadiri sama Presiden Persatuan Jurubahasa Isyarat Malaysia (MyASLI), Wan Zuraidah Abu dan timbalannya, Goh Soo Leng.

Share post:

Subscribe

spot_imgspot_img

Popular

Artikel Berkaitan
Related

40 orang pekak diraikan dalam program Ramadan anjuran Masjid Imam Ash-Shafie KotaSAS

KUANTAN – Masjid Imam Ash-Shafie KotaSAS (MIASK) di sini,...

MFD beri pendedahan bahasa isyarat kepada pelajar, guru Hua Xia International School

KUALA LUMPUR – Sebanyak 45 pelajar Hua Xia International...

Senator Isaiah D. Jacob berkunjung ke MFD

TURUN PADANG....Senator Isaiah D. Jacob meluangkan masa lebih satu...

Wanita  minta bantuan MFD belajar bahasa isyarat setelah hilang suara

KUALA  LUMPUR – Suatu ketika dahulu, sama ada di...