MFD sampaikan salam takziah kepada ahli keluarga kakitangan KPJ Healthcare

Date:

KUALA LUMPUR – Seorang Eksekutif KPJ Healthcare, Muhammad Isa Chetak Kamal Badri meninggal dunia setelah mengalami sesak nafas.

Allahyarham, 33,  sebelum itu dikejarkan ke Hospital Selayang dari rumahnya, dan disahkan meninggal dunia di hospital berkenaan.

Allahyarham Muhammad Isa Chetak menyertai KPJ sejak lebih tiga tahun lalu dan menjadi antara penggerak kepada badan-badan kebajikan termasuk Briged Wakaf  yang aktif menjalankan tanggungjawab sosial korperat.

Allahyarham meninggalkan seorang isteri, Suhaidah Mahmood, 33, dan seorang anak perempuan berusia lebih satu tahun.

Jenazah Allahyarham telah dimandi, dikapan serta sembahyangkan di Surau Al Muhajirin Kampung Seri Gombak Indah, Batu Caves dan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Bukit Permata, Gombak.

Persekutuan Orang Pekak Malaysia (MFD) amat tersentuh dengan pemergian Allahyarham kerana KPJ dan Allahyarham sendiri adalah antara orang yang rapat dengan MFD.

Allahyarham juga menjadi antara orang penting bekerjasama dengan MFD dalam usaha menerbitkan buku poket Bahasa Isyarat Malaysia (BIM) berkaitangan kesihatan yang kini dalan proses percetakan.

Sepanjang usaha menerbitkan buku bahasa isyarat kesihatan itu, Allahyarham turut  terbabit dalam beberapa siri perbincangan dengan MFD serta bengkel berkaitan.

MFD mengucapkan salam takziah kepada keluarga Allahyarham dan berdoa agar roh Allahyarham ditempatkan bersama orang-orang beriman.

AL-FATIHAH

Share post:

Subscribe

spot_imgspot_img

Popular

Artikel Berkaitan
Related

40 orang pekak diraikan dalam program Ramadan anjuran Masjid Imam Ash-Shafie KotaSAS

KUANTAN – Masjid Imam Ash-Shafie KotaSAS (MIASK) di sini,...

MFD beri pendedahan bahasa isyarat kepada pelajar, guru Hua Xia International School

KUALA LUMPUR – Sebanyak 45 pelajar Hua Xia International...

Senator Isaiah D. Jacob berkunjung ke MFD

TURUN PADANG....Senator Isaiah D. Jacob meluangkan masa lebih satu...

Wanita  minta bantuan MFD belajar bahasa isyarat setelah hilang suara

KUALA  LUMPUR – Suatu ketika dahulu, sama ada di...