KEPENTINGAN MENCARUM…Kalangan orang-orang pekak termasuk yang bekerja sendiri digesa mencarum dengan Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO).
Mungkin ramai yang tidak mengetahui, mana-mana individu yang bekerja sendiri adalah layak mendapat perlindungan jika terbabit dalam kemalangan dan sebagai.
Sehubungan itu, untuk mendapatkan perlindungan tersebut, orang berkenaan hanya perlu mencarum dengan PERKESO.
Dalam hal ini, dua kakitangan PERKESO dari pejabat Petaling Jaya telah mengadakan pertemuan dengan Persekutuan Orang Pekak Malaysia (MFD) di Puchong, Selangor baru-baru ini.
Dari pertemuan itu dijelaskan bahawa mereka yang bekerja sendiri juga layak mendapat perlindungan tertentu.

Untuk itu, orang pekak boleh mendapatkan maklumat lanjut termasuk dengan mengunjungi mana-mana pejabat PERKESO dan kakitangan PERKESO sedia membantu.
Di samping itu, melalui PERKESO, seseorang individu itu juga boleh mendapatkan maklumat mengenai peluang-peluang pekerjaan yang ditawarkan dan sesuai.
Ini kerana setiap peluang pekerjaan yang diuar-uarkan akan dipantau oleh PERKESO. Dengan kata lain, tawaran pekerjaan itu adalah tulen bagi pemohon.




