PERLUAS ILMU DEMI MENYANTUNI ORANG PEKAK…..Perkembangan dan keperluan kepada kemahiran Bahasa Isyarat Malaysia (BIM) kini tidak terhad kepada komuniti pekak sahaja, malah masyarakat umum mula menyedari mengenai kepentingannya.
Terbaharu, sebanyak 30 orang menyertai kursus BIM selama empat hari di Institut Sosial Malaysia (ISM) di Kuala Lumpur.
Kursus bahasa isyarat itu dikendalikan oleh tenaga pengajar dari Persekutuan Orang Pekak Malaysia (MFD).
Secara langsung, pembabitan tenaga pengajar dari MFD bagi memastikan bahasa isyarat yang digunakan kelak adalah tepat dan betul.
Yang menjadi perhatian, peserta terbabit bukan sahaja dari kalangan kakitangan awam, malah golongan peniaga, usahawa dan juga pertubuhan bukan kerajaan (NGO).




