Wanita  minta bantuan MFD belajar bahasa isyarat setelah hilang suara

Date:

KUALA  LUMPUR – Suatu ketika dahulu, sama ada di tempat kerja mahupun di rumah, dia sering bercakap dan berbual-bual dengan ramai orang termasuk ibu bapanya.

Namun, tanpa diduga, kehidupannya berubah sejak lima tahun lalu setelah diserang angin ahmar dan terlibat dalam kemalangan jalan raya ketika memandu kereta, menyebabkan dia kehilangan suara.

Ekoran itu, kehidupannya berubah sama sekali dan seolah-olah berada dalam  satu dunia lain tanpa ada suara.

Dia tidak tahu bagaimana untuk berkomunikasi dengan orang lain sama untuk meluahkan perasaan dan sebagainya.

“Saya pernah bekerja di Shah Alam. Namun semuanya berubah apabila diserang angin ahmar dan terlibat dalam kemalangan ketika memandu kereta.

“Saya hilang suara sejak lima tahun hingga kini. Tak tahu bagaimana untuk berkomunikasi  termasuk dengan bapa, ibu dan adik-beradik lain.

“Akibatnya, saya hilang pekerjaan dan kini menerima bantuan ilat bulanan,” kata Elham Kamal, 42, menceritakan kisah kehidupannya menerusi penulisan di beberapa helai kertas.

Menurut Elham yang berasal dari Jeli, Kelantan, sejak hilang suara, dia banyak menyendiri kerana tidak tahu bagaimana untuk berkomunikasi dengan orang lain.

“Tidak pernah terfikir perubahan kehidupan saya ini. Saya sukar berkomunikasi dengan orang-orang sekeliling termasuk bapa yang terlantar sakit akibat serangan angin ahmar dan juga seorang adik lelaki berusia 23 tahun yang juga seorang sindrom down,” katanya yang perlu berulang-alik mendapatkan rawatan terapi suara empat kali sebulan di Hospitla Putrajaya.

Setelah sekian lama menjalani rawatan, Elham akhirnya mendapat maklumat daripada seorang rakan mengenai pentingnya bahasa isyarat.

“Mulanya saya fikir bahasa isyarat hanya untuk orang pekak sahaja. Kini saya faham, bahasa isyarat boleh digunakan untuk berkomukasi dengan semua lapisan masyarakat.

“Hari ini saya datang ke pejabat Persekutuan Orang Pekak Malaysia (MFD) di Puchong untuk mendapatkan maklumat mengenai bahasa isyarat.

“Harapan saya, MFD dapat membantu termasuk melalui kelas-kelas bahasa isyarat agar saya dapat menguasai kemahiran tersebut dan seterusnya boleh berkomukasi dengan semua orang,” katanya yang ingin belajar bahasa isyarat dalam masa terdekat.

Share post:

Subscribe

spot_imgspot_img

Popular

Artikel Berkaitan
Related

40 orang pekak diraikan dalam program Ramadan anjuran Masjid Imam Ash-Shafie KotaSAS

KUANTAN – Masjid Imam Ash-Shafie KotaSAS (MIASK) di sini,...

MFD beri pendedahan bahasa isyarat kepada pelajar, guru Hua Xia International School

KUALA LUMPUR – Sebanyak 45 pelajar Hua Xia International...

Senator Isaiah D. Jacob berkunjung ke MFD

TURUN PADANG....Senator Isaiah D. Jacob meluangkan masa lebih satu...

30 orang sertai kursus bahasa isyarat di ISM

PERLUAS ILMU DEMI MENYANTUNI ORANG PEKAK.....Perkembangan dan keperluan kepada...