Akses maklumat lebih inklusif: Persekutuan Orang Pekak Malaysia (MFD) adakan perbincangan  dengan Menteri Komunikasi

Date:

KUALA LUMPUR – Persekutuan Orang Pekak Malaysia (MFD) telah mengadakan pertemuan dan perbincangan dengan Menteri Komunikasi, Datuk Ahmad Fahmi Mohamed Fadzil di pejabat menteri berkenaan di Angkasapuri di sini.


Dalam pertemuan selama 30 minit itu, MFD diketuai oleh Pengarah Eksekutifnya, Mohamad Sazali Shaari dan turut hadir ialah Presiden Persatuan Jurubahasa Isyarat Malaysia (MyASLI), Wan Zuraidah Abu serta timbalannya, Goh Soo Leng.

Antara perbincangan, tertumpu kepada pentingnya akses maklumat yang lebih inklusif untuk orang pekak di televisyen, media arus perdana dan platform digital yang lain.

Menjadi harapan MFD agar dari perbincangan berkenaan, komuniti pekak akan mendapat  akses secara langsung dan sama rata seperti yang diperolehi masyarakat umum.

Dalam pertemuan tersebut,Ahmad Fahmi memberi jaminan akan membantu MFD dan juga komuniti orang pekak agar memperolehi akses sama rata di platform-platform media terutama televisyen.

Share post:

Subscribe

spot_imgspot_img

Popular

Artikel Berkaitan
Related

40 orang pekak diraikan dalam program Ramadan anjuran Masjid Imam Ash-Shafie KotaSAS

KUANTAN – Masjid Imam Ash-Shafie KotaSAS (MIASK) di sini,...

MFD beri pendedahan bahasa isyarat kepada pelajar, guru Hua Xia International School

KUALA LUMPUR – Sebanyak 45 pelajar Hua Xia International...

Senator Isaiah D. Jacob berkunjung ke MFD

TURUN PADANG....Senator Isaiah D. Jacob meluangkan masa lebih satu...

Wanita  minta bantuan MFD belajar bahasa isyarat setelah hilang suara

KUALA  LUMPUR – Suatu ketika dahulu, sama ada di...