23 pelajar Amerika Syarikat berinteraksi, mengajar kanak-kanak pekak bahasa Inggeris guna bahasa isyarat

Date:

KUALA LUMPUR – Sekumpulan pelajar dari beberapa buah sekolah tinggi di Amerika Syarikat mengadakan lawatan dan berinteraksi dengan kanak-kanak pekak di pejabat Persekutuan Orang Pekak Malaysia (MFD) di Puchong, dekat sini.

Para pelajar berkenaan yang merupakan kumpulan sukarelawan, datang dari Hawaii, Utah, Texas, Florida, Arizona dan beberapa kawasan lain.

Dua pelajar dari Amerika Syarikat berinteraksi dengan kanak-kanak pekak termasuk melalui aktiviti melukis dan permainan dalam kumpulan di Puchong, Selangor.

Mereka menghabiskan masa lebih tiga jam untuk berinteraksi sambil mengajar bahasa Inggeris menggunakan bahasa isyarat.

Ini merupakan kumpulan kedua susulan dari kumpulan pertama yang berinteraksi dengan kanak-kanak pekak di bawah seliaan MFD, dua minggu lalu.

Selain mengajar bahasa Inggeris, kumpulan pelajar terbabit turut menyertai aktiviti melukis dan permainan dalam  kumpulan.

Share post:

Subscribe

spot_imgspot_img

Popular

Artikel Berkaitan
Related

‘Banyak perkara baharu saya pelajari dari MFD’ – Pelajar UKM

PUCHONG – Selama dua minggu dia menumpukan masa dan...

‘Kami keluarga pekak, gembira dapat tinggal sebumbung’

TUMPAT- Tiada apa yang lebih menggembirakan ibu bapa apabila...

Pasangan pekak  bertemu jodoh di gelanggang futsal

PASIR MAS – Siapa sangka, pada mulanya hanya menyertai...

Insan pekak Mohd. Fauzi miliki kemahiran  baiki peti sejuk, mesin basuh

TUMPAT - Lahir sebagai insan pekak dan sejak dari...