15 orang pekak sertai program semakan penggunaan ubat-ubatan

Date:

KUALA LUMPUR – Sebanyak 15 orang pekak menyertai program ‘Medication Review’ (Semakan Penggunaan Ubat-ubatan) yang diadakan di pejabat Persekutuan Orang Pekak Malaysia (MFD) di Puchong dekat sini.

Program lebih tiga jam itu dikendalikan oleh Cawangan Penggunaan Ubat Berkualiti, Bahagian Amalan dan Perkembangan Farmasi, Kementerian Kesihatan.

Sebanyak 11 kakitangan kementerian berkenaan terlibat termasuk petugas dari Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM), Hospital Kuala Lumpur dan Hospital Putrajaya.

Apa yang menarik, kakitangan kementerian yang terlibat dalam program itu memiliki kemahiran asas bahasa isyarat untuk berinteraksi dengan pesakit orang pekak dengan dibantu oleh beberapa jurubahasa isyarat dari MFD.

Seorang kakitangan Bahagian Amalan dan Perkembangan Farmasi, Kementerian Kesihatan (kanan) memberi penerangan mengenai penggunaan ubat-ubatan kepada orang pekak dalam program ‘Medication Review’ (Semakan Penggunaan Ubat-ubatan) di Puchong, Selangor.

Objektif utama program yang melibatkan kerjasama MFD dan Bahagian Amalan dan Perkembangan Farmasi, bagi memastikan pengurusan dan penggunaan ubat-ubatan yang optimum dan berkualiti untuk meningkatkan kesihatan serta kualiti hidup pesakit dari kalangan orang pekak.

Turut serta dalam program berkenaan ialah Pengarah Eksekutif MFD, Mohamad Sazali Shaari.

Seorang pesakit orang pekak (kiri) menjalani pemeriksaan tekanan darah dalam program ‘Medication Review’ (Semakan Penggunaan Ubat-ubatan) di Puchong, Selangor.

Pada program tersebut, komuniti pekak telah diminta membawa ubat-ubatan yang ada pada mereka agar penjelasan lanjut dapat diberikan.

Setiap peserta akan terlebih dahulu melalui pemeriksaan bacaan gula dalam darah, bacaan tekanan darah dan pengiraan indeks jisim badan (BMI).

Ini diikuti penerangan serta kaunseling mengenai ubat-ubatan yang digunakan.

Pada sesi kaunseling, para peserta diberikan penerangan mendalam mengenai indikasi, kesan dari pengambilan ubat, jumlah dos yang perlu diambil dan beberapa perkara berkaitan.

Sementara itu, Mohamad Sazali berkata, program pengenalan itu akan diperluaskan lagi dengan kerjasama Bahagian Amalan dan Perkembangan Farmasi  serta berharap ia dapat diadakan dengan kerap bagi kemudahan komuniti pekak.

Mohamad Sazali Shaari (kiri) turut serta dalam program ‘Medication Review’ (Semakan Penggunaan Ubat-ubatan) di Puchong, Selangor.

Melalui langkah tersebut, lebih ramai komuniti pekak dapat menyertainya.

Dalam pada itu, Bahagian Amalan dan Perkembangan Farmasi menjelaskan  pesakit komuniti pekak yang uzur seperti tidak dapat berjalan atau terlantar atas katil boleh memohon agar pegawai kesihatan dihantar ke rumah mereka bagi memberi penjelasan mendalam mengenai ubat-ubatan yang diambil.

Share post:

Subscribe

spot_imgspot_img

Popular

Artikel Berkaitan
Related

RUN BIM 2025: Debaran menanti 28 September, cabutan bertuah, bertemu artis jadi tumpuan

KUALA LUMPUR - Larian kelolaan Persekutuan Orang Pekak Malaysia...

MFD sertai sambutan Merdeka ke-68 di bawah program Rakyat Disantuni di Summit USJ

SUBANG JAYA - Sambutan Hari Kebangsaan ke-68 di bawah...