Buku  bahasa isyarat untuk Zambry Abd. Kadir daripada Persekutuan Orang Pekak Malaysia (MFD)

Date:

KUALA LUMPUR –  Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Seri Dr. Zambry Abd. Kadir yang hadir pada sesi dialog dengan para pelajar baharu Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) di Gombak di sini,  berbesar hati menerima cenderahati berbentuk buku bahasa isyarat daripada Persekutuan Orang Pekak Malaysia (MFD).

Buku Bahasa Isyarat Malaysia (BIM) itu disampaikan oleh tenaga pengajar MFD, Muhammad Fakhrurazzi Mat Sedik selepas program ‘Empowering Students Through Inclusive Higher Education – With Special Needs & Orang Asli Students’.

Beberapa pelajar baharu mengunjungi ‘booth’ MFD di UIAM, Gombak, Selangor.

Pada program di UIAM itu, lebih 3,000 pelajar baharu  hadir.

Selain menyampaikan hala tuju kerajaan kepada pelajar-pelajar berkenaan, Zambry turut berdialog dan menjawab pelbagai pertanyaan para pelajar antaranya mengenai peluang pekerjaan dan sebagainya.

Zambry Abd. Kadir berdialog dan menjawab pelbagai pertanyaan daripada para pelajar UIAM.

Para pelajar terbabit termasuk dari kalangan Orang Asli, orang kurang upaya (OKU) dan juga pelajar antarabangsa.

Pada program berkenaan, MFD juga membuka ‘booth’ dengan memperkenalkan beberapa barangan termasuk buku BIM.

Seorang pelajar UIAM bergambar bersama tenaga pengajar MFD.

Kehadiran MFD menjadi tumpuan para pelajar yang berminat bertanyakan pelbagai soalan mengenai MFD dan penganjuran kelas bahasa isyarat.

Share post:

Subscribe

spot_imgspot_img

Popular

Artikel Berkaitan
Related

‘Banyak perkara baharu saya pelajari dari MFD’ – Pelajar UKM

PUCHONG – Selama dua minggu dia menumpukan masa dan...

‘Kami keluarga pekak, gembira dapat tinggal sebumbung’

TUMPAT- Tiada apa yang lebih menggembirakan ibu bapa apabila...

Pasangan pekak  bertemu jodoh di gelanggang futsal

PASIR MAS – Siapa sangka, pada mulanya hanya menyertai...

Insan pekak Mohd. Fauzi miliki kemahiran  baiki peti sejuk, mesin basuh

TUMPAT - Lahir sebagai insan pekak dan sejak dari...