Tarian kanak-kanak pekak Taska Istika Jaya menggunakan bahasa isyarat dari lagu ‘Kalau Rasa Gembira’ mempesonakan penonton

Date:

KUALA LUMPUR –  Sambutan Hari Orang Kurang Upaya (OKU) Sedunia 2025 yang turut menampilkan kanak-kanak pekak Taska Istika Jaya, menghiburkan ramai hadirin di pusat beli-belah KL Gateway di sini.

Pada sambutan itu, Persekutuan Orang Pekak Malaysia (MFD) telah menampilkan penyertaan kanak-kanak Istika Jaya yang mempersembahkan tarian menggunakan bahasa isyarat dari lagu nyanyian ‘Kalau Rasa Gembira’.

Persembahan kanak-kanak Istika Jaya itu berjaya menghiburkan kalangan ibu bapa yang mengiringi anak-anak mereka pada sambutan tersebut.

Kanak-kanak Taska Istika Jaya turut menyertai peraduan mewarna di pusat beli-belah KL Gateway, Kuala Lumpur.

Selain itu, pada sambutan yang sama, kanak-kanak Istika Jaya turut menyertai peraduan mewarna.

Selain MFD, sambutan itu juga disertai oleh golongan dan kanak-kanak dari lain-lain kategori OKU.

‘Booth’ Persekutuan Orang Pekak Malaysia (MFD) sentiasa menjadi tumpuan setiap kali terdapat program melibatkan orang kurang upaya (OKU).

Seperti biasa, MFD juga membuka ‘booth’ bagi memperkenalkan barangan yang dihasilkan oleh komuniti pekak termasuk buku poket bahasa isyarat.

Share post:

Subscribe

spot_imgspot_img

Popular

Artikel Berkaitan
Related

‘Banyak perkara baharu saya pelajari dari MFD’ – Pelajar UKM

PUCHONG – Selama dua minggu dia menumpukan masa dan...

‘Kami keluarga pekak, gembira dapat tinggal sebumbung’

TUMPAT- Tiada apa yang lebih menggembirakan ibu bapa apabila...

Pasangan pekak  bertemu jodoh di gelanggang futsal

PASIR MAS – Siapa sangka, pada mulanya hanya menyertai...

Insan pekak Mohd. Fauzi miliki kemahiran  baiki peti sejuk, mesin basuh

TUMPAT - Lahir sebagai insan pekak dan sejak dari...