‘KindRED Showcase’ anjuran Fakulti Komunikasi dan Pengajian Media UiTM dengan kerjasama MFD dapat sambutan ramai

Date:

SHAH ALAM – Program ‘The KindRED Showcase’  anjuran Fakulti Komunikasi dan Pengajian Media Universiti Teknologi Mara (UiTM) yang mendapat sambutan ramai, ditutup dengan meriah melibatkan kehadiran para pelajar dan pensyarah.

Program anjuran pelajar-pelajar semester akhir jurusan Perhubungan Awam itu bertemakan ‘KindRED: Respect in Communication’ diadakan di Dewan Mawar Qaseh, Kolej Kediaman Mawar di sini.

Ia juga diselitkan dengan pelbagai maklumat termasuk sesi soal jawab bersama pakar perhubungan awam dan komunikasi,  selain  cabutan bertuah.

Kalangan pelajar bergambar di hadapan ‘booth’ MFD di Dewan Mawar Qaseh, Kolej Kediaman Mawar, UiTM, Shah Alam, Selangor.

Pada program sehari suntuk itu, turut diadakan aktiviti jualan ‘booth’ dari pelbagai pihak termasuk Persekutuan Orang Pekak Malaysia (MFD).

‘Booth’ MFD sentiasa menjadi tumpuan ramai apabila kalangan pelajar dan pensyarah tertarik untuk belajar dan mengetahui lebih lanjut mengenai Bahasa Isyarat  Malaysia (BIM).

Wan Norbani Wan Noordin (kanan) bergambar selepas merasmikan majlis penutup program ‘The KindRED Showcase’ di UiTM, Shah Alam, Selangor.

Antara tumpuan pada ‘booth’ MFD ialah jualan buku-buku berkaitan bahasa isyarat, di samping jualan produk yang dihasilkan sendiri oleh MFD.

Perasmian penutup program disempurnakan oleh Ketua Pusat Strategik Komunikasi UiTM, Wan Norbani Wan Noordin dengan kehadiran Pengarah Eksekutif MFD, Mohamad Sazali Shaari.

Pelajar-pelajar UiTM yang melawat ‘booth’ MFD mempraktikkan bahasa isyarat di UiTM, Shah Alam, Selangor,.

Program tersebut antara lain bertujuan memberi pendedahan kepada masyarakat mengenai pentingnya berkomunikasi dan menghormati komuniti pekak.

Ia secara langsung memberi pendedahan dan maklumat bahawa komuniti pekak  juga sebahagian daripada perkembangan masyarakat dan sehubungan itu orang ramai perlu peka dengan kehadiran mereka.

Share post:

Subscribe

spot_imgspot_img

Popular

Artikel Berkaitan
Related

40 orang pekak diraikan dalam program Ramadan anjuran Masjid Imam Ash-Shafie KotaSAS

KUANTAN – Masjid Imam Ash-Shafie KotaSAS (MIASK) di sini,...

MFD beri pendedahan bahasa isyarat kepada pelajar, guru Hua Xia International School

KUALA LUMPUR – Sebanyak 45 pelajar Hua Xia International...

Senator Isaiah D. Jacob berkunjung ke MFD

TURUN PADANG....Senator Isaiah D. Jacob meluangkan masa lebih satu...

Wanita  minta bantuan MFD belajar bahasa isyarat setelah hilang suara

KUALA  LUMPUR – Suatu ketika dahulu, sama ada di...